• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Hilang Selama 7 Tahun, Penjenayah Paling Dikehendaki Muncul Mohon Kerja Polis Ditangkap

Oleh
ILB - AI
18 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Diburu tujuh tahun namun pulang ke gerigi besi

Hilang Selama 7 Tahun, Penjenayah Paling Dikehendaki Muncul Mohon Kerja Polis Ditangkap. Selepas menjadi buruan polis selama tujuh tahun, lelaki yang dikatakan berusia 40 tahun itu berjaya diberkas selepas didakwa mencuri barang perkakasan bernilai lebih £1000 atau RM5000.

Lebih memeranjatkan lagi, baru-baru ini penjenayah tersebut muncul kembali untuk memohon pekerjaan sebagai anggota polis sehingga membuatkan pegawai polis terkejut lalu menangkapnya di tempat kejadian.

Lelaki yang dikenali sebagai Thomas Ngcobo itu telah digelar sebagai penjenayah paling bodoh di Afrika Selatan selepas mencuba untuk memohon pekerjaan sebagai anggota polis walaupun telah melakukan pelbagai kesalahan di sisi undang-undang.

Hilang Selama 7 Tahun, Penjenayah Paling Dikehendaki Muncul Mohon Kerja Sebagai Polis Ditangkap
Hilang Selama 7 Tahun, Penjenayah Paling Dikehendaki Muncul Mohon Kerja Polis Ditangkap

Diminta untuk menghantar barang, tapi mencuri

Lapor media, lelaki tersebut telah melarikan diri daripada pihak polis selama tujuh tahun selepas mencuri barang perkakasan bernilai lebih £1000 atau RM5000.

Pada tahun 2015, Ngcobo diarahkan untuk menghantar barang perkakasan tersebut ke rumah pelanggan namun dia muncul dengan idea yang bernas dengan membawa barang tersebut ke tempat lain dan menghilang tanpa khabar berita.

Jurucakap polis Wilayah Mpumalanga Afrika Selatan berkata modus operandi suspek tersebut dikesan selepas pengurus bertindak untuk menyemak invois perusahaannya itu.

Hilang Selama 7 Tahun, Penjenayah Paling Dikehendaki Muncul Mohon Kerja Sebagai Polis Ditangkap
Gambar hiasan

Dikehendaki pihak polis

Namun, dia telah mendapat bahawa dua invois telah hilang dan barangan tersebut telah dihantar ke tempat yang berlainan.

Pada 2015, Ngcobo telah disenaraikan sebagai ‘penjenayah paling dikehendaki dan tanpa diduga selepas tujuh tahun kemudian dia muncul di hadapan balai polis untuk bertanyakan tentang permohonan kerja sebagai anggota polis.

Sebaik sahaja identiti penjenyaha itu terbongkar, pihak polis terus menangkapnya dan membuatkan pihak berkuasa dan juga media bingung tentang apa yang difikirkan lelaki itu.

Hilang Selama 7 Tahun, Penjenayah Paling Dikehendaki Muncul Mohon Kerja Sebagai Polis Ditangkap

Sejak daripada itu, khabar berita tentang Ngcobo tersebar luas dan sehingga kini ramai menggelarnya penjenayah paling bodoh di negara itu.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Semoga cita-cita Ngcobo untuk menjadi seorang anggota polis akan tercapai kelak. Itupun kalau dilepaskan dari penjara lah. 😂

Hilang Selama 7 Tahun, Penjenayah Paling Dikehendaki Muncul Mohon Kerja Sebagai Polis Ditangkap

Lagi cerita menarik di sini:

Tular Ribuan Buaya Membanjiri Sebuah Pantai Di Brazil Cetus Tanda Tanya
Tak Dapat Greenlight Main Bola, Isteri Jemput Suami Tengah Padang Suruh Balik
SUMBER :Firstpost
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penduduk Matang Jaya Luah Rasa Risau, Kawasan Perumahan Dilanda Banjir Kilat
Next Article Mat Salleh Ini Dedah Sibu International Base Jump Berjaya Pikat Hati Beliau Dengan Bandar Sibu Sibu International Base Jump Berjaya Buat Mat Salleh Ini Tertarik Dengan Bandar Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?