• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penerbangan Masuk Ke Sarawak Akan Ditambah Secara Berperingkat Mulai 1 Oktober 2021

Oleh
Ismail NA
28 September 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Perkara tersebut dimaklumkan dalam siaran media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak

Penerbangan Masuk Ke Sarawak Akan Ditambah Secara Berperingkat Mulai 1 Oktober 2021. Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak, mereka memaklumkan bahawa penerbangan masuk ke Sarawak akan ditambah secara berperingkat mulai 1 Oktober 2021. Perkara tersebut diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak yang berlangsung pada 24 September yang lalu.

Menurut kenyataan media tersebut lagi, penerbangan masuk ke Sarawak akan ditingkatkan secara berperingkat, daripada 22 penerbangan seminggu kepada 87 penerbangan seminggu mulai 1 Oktober 2021.

Penerbangan Masuk Ke Sarawak Akan Ditambah Secara Berperingkat Mulai 1 Oktober 2021
Gambar hiasan.

Penambahan laluan dari 7 destinasi ke seluruh destinasi di Sarawak

Laluan yang akan ditambah kekerapan adalah laluan dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Baharu, Labuan dan Singapura, menuju ke pelbagai destinasi di seluruh Sarawak seperti Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang.

Jelas Kementerian itu lagi, keputusan menambah kekerapan penerbangan ini dibuat setelah mengambil kira pembukaan semula sektor pelancongan secara berperingkat, tambang penerbangan yang melambung tinggi, permintaan perjalanan udara daripada orang awam, SOP terbaharu yang mengecualikan arahan kuarantin kepada individu yang telah lengkap vaksinasi serta pembukaan sekolah dan universiti pada bulan Oktober 2021.

Penerbangan Masuk Ke Sarawak Akan Ditambah Secara Berperingkat Mulai 1 Oktober 2021

Sehubungan itu, bagi memperhalusi butir-butir jadual kekerapan penerbangan yang baru serta memastikan kelancaran penambahan kekerapan ini, Kementerian Pengangkutan Sarawak akan bermesyuarat dengan pihak penerbangan seperti MAVCOM, CAAM, MAHB, APM dan ahli pejabat Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Dengan penambahan kekerapan ini, Sarawak dijangka akan menerima kehadiran lebih ramai penumpang serta pergerakan individu mulai 1 Oktober 2021. Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS).

Penerbangan Masuk Ke Sarawak Akan Ditambah Secara Berperingkat Mulai 1 Oktober 2021
Penerbangan Masuk Ke Sarawak Akan Ditambah Secara Berperingkat Mulai 1 Oktober 2021

Tahukah anda bahawa pas penerbangan tanpa had AirAsia pada Jun 2020 lalu masih sah digunakan? Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rogol Anak Perempuan, Anggota Tentera Dipenjara 23 Tahun Serta 15 Sebatan Di Sabah
Next Article Orang Lain Berhutang Tapi Orang Lain Tempias, Lelaki Ini Terkejut Lihat Kereta Disimbah Cat Merah Orang Lain Berhutang Tapi Orang Lain Tempias, Lelaki Ini Terkejut Lihat Kereta Disimbah Cat Merah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?