• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Orang Lain Berhutang Tapi Orang Lain Tempias, Lelaki Ini Terkejut Lihat Kereta Disimbah Cat Merah

Oleh
ILB - AI
28 September 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Orang Lain Berhutang Tapi Orang Lain Tempias, Lelaki Ini Terkejut Lihat Kereta Disimbah Cat Merah

Kejadian berlaku di Matang pada Ahad lalu

Orang Lain Berhutang Tapi Orang Lain Kena, Lelaki Ini Terkejut Lihat Kereta Disimbah Cat Merah. Semalam, ia dilaporkan bahawa sebuah kereta disimbah cat merah, dipercayai dilakukan oleh along sebagai amaran kepada seorang lelaki di Taman Banjaran Serapi, Jalan Sungai Tengah, Matang.

Sehelai kertas juga ditemui di pagar rumah tetapi nama yang ditulis bukan nama mangsa. Disebaliknya, nama yang ditulis pada kertas berkenaan adalah nama anak jiran mangsa.

Orang Lain Berhutang Tapi Orang Lain Tempias, Lelaki Ini Terkejut Lihat Kereta Disimbah Cat Merah
Orang Lain Berhutang Tapi Orang Lain Tempias, Lelaki Ini Terkejut Lihat Kereta Disimbah Cat Merah

Salah target

Menurut laporan, mangsa yang berusia 52 tahun itu, dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila isterinya menyedari bahawa kenderaan mereka telah disimbah cat berwarna merah jambu di bahagian bonet hadapan kereta dan tayar kereta ketika hendak turun kerja.

Turut dijumpai di tempat kejadian adalah sehelai kertas tetapi mangsa mendapati nama yang ditulis dalam notis berkenaan adalah nama anak jirannya.

Orang Lain Berhutang Tapi Orang Lain Tempias, Lelaki Ini Terkejut Lihat Kereta Disimbah Cat Merah
Notis yang ditinggalkan. Kredit: Harian Metro

Mangsa dimaklumkan oleh jirannya bahawa anak perempuan mereka telah berhutang dengan peminjam wang tidak berlesen (along) menerusi Facebook sekitar RM300. Ia difahamkan bahawa anak mereka telah membuat sebuah laporan polis apabila cermin rumah mereka dipecahkan dan disimbah cat merah serta pagar rumah telah dikunci pada 13 September lalu.

Orang Lain Berhutang Tapi Orang Lain Tempias, Lelaki Ini Terkejut Lihat Kereta Disimbah Cat Merah
Cat merah sering digunakan sebagai ‘amaran’ kepada penghutang. Gambar sekadar hiasan.

Dari RM300 sehingga RM8,600

Mengenai penghutang terbabit, ia difahamkan bahawa anak jiran mangsa telah meminjam daripada along kerana pernah membuat pinjaman wang dalam talian melalui Facebook sebanyak RM300.

Orang Lain Berhutang Tapi Orang Lain Tempias, Lelaki Ini Terkejut Lihat Kereta Disimbah Cat Merah
Gambar sekadar hiasan.

Walau bagaimanapun, anak jiran mangsa tidak lagi mampu membuat bayaran kerana along terbabit meminta anak jiran mangsa untuk membayar sehingga RM8,600.

Tiada saksi bebas yang melihat kejadian dan tempat kejadian juga tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

Kes asal disiasat di bawah Seksyen 29B (1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan pihak polis masih meneruskan siasatan berhubung dengan kes terbaharu.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penerbangan Masuk Ke Sarawak Akan Ditambah Secara Berperingkat Mulai 1 Oktober 2021
Next Article Lihat Keadaan Terkini Lebuh Raya Pan Borneo Serian-Sri Aman, Makin ‘Smooth’!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?