• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Penerima Dua Dos Vaksin COVID-19, Malaysia Airlines Tawar Tambang Murah Jumpa Keluarga Tersayang

Oleh
Husna Hazmi
17 Ogos 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Malaysia Airlines Bhd menawarkan tambang serendah RM89.

Penerima Dua Dos Vaksin COVID-19, Malaysia Airlines Tawar Tambang Murah Jumpa Keluarga Tersayang. Di musim pandemik ini, memang tak dapat dinafikan bahawa ramai yang tidak dapat berjumpa dengan keluarga tersayang kerana adanya sekatan untuk merentas daerah dan negeri.

Namun, baru-baru ini, sekatan tersebut telah dilonggarkan. Oleh itu, Malaysia Airlines Bhd menawarkan tambang serendah RM89 dalam kategori ‘Economy Lite’ bagi destinasi domestik kepada pasangan suami isteri serta ibu dan bapa yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 untuk bertemu keluarga yang tersayang.

Penerima Dua Dos Vaksin COVID-19, Malaysia Airlines Tawar Tambang Murah Jumpa Keluarga Tersayang
Penerima Dua Dos Vaksin COVID-19, Malaysia Airlines Tawar Tambang Murah Jumpa Keluarga Tersayang

Promosi itu tersedia untuk tempahan mulai 10 Ogos sehingga 30 September 2021

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata, promosi itu tersedia untuk tempahan mulai 10 Ogos sehingga 30 September 2021 dan ianya sah untuk perjalanan sehingga 30 Oktober 2021.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail, siri penerbangan terbaharu itu mencerminkan peranan penting syarikat penerbangan nasional dalam menyediakan kesalinghubungan perjalanan udara sepanjang tempoh penularan COVID-19.

“Sebagai syarikat penerbangan yang prihatin, MAB kekal komited untuk memastikan perjalanan yang lebih selamat dan lancar untuk pelanggan kami dengan mengamalkan standard keselamatan dan kebersihan tertinggi.

“Kami percaya ianya adalah sesuatu yang sangat penting untuk mengendalikan penerbangan dengan kru yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 ia juga termasuk petugas barisan hadapan kerana keyakinan pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan kami adalah penting,” katanya.

Penerima Dua Dos Vaksin COVID-19, Malaysia Airlines Tawar Tambang Murah Jumpa Keluarga Tersayang

Setakat ini, lebih daripada 93 peratus juruterbang dan kru kabin Malaysia Airlines sudah menerima suntikan vaksin Covid-19

Malaysia Airlines bersama anak syarikatnya di bawah Malaysia Aviation Group, menjangkakan 100 peratus kakitangan mereka akan melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menjelang bulan Ogos tahun ini berikutan penyertaan kumpulan itu dalam Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) yang bermula pada Julai 2021.

Pada 8 Ogos lalu, Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pasangan suami isteri jarak jauh yang sudah melengkapkan dua dos vaksin boleh merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan mereka mulai 10 Ogos 2021.

Kelonggaran ini juga diberikan kepada ibu dan bapa yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 untuk melawat anak-anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh layari laman web http://www.malaysiaairlines.com.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Paling Tinggi Pernah Dicatat, Sarawak Rekod 1566 Kes Positif COVID-19 Hari Ini
Next Article Kajian Mendapati Bayi Lahir Sewaktu Pandemik Cenderung Memiliki IQ Yang Rendah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?