• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Penerima Lengkap 2 Dos Akan Menerima Kad Lencana Fizikal Vaksinasi COVID-19

Oleh
Ismail NA
10 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kad ini adalah sebagai tambahan kepada sijil vaksinasi digital dalam aplikasi MySejahtera.

Penerima Lengkap 2 Dos Akan Menerima Kad Lencana Fizikal Vaksinasi COVID-19. Selain sijil vaksinasi digital yang kini hanya boleh didapati menerusi aplikasi MySejahtera, rakyat Malaysia yang telah mendapatkan 2 dos lengkap mana-mana vaksin di Pusat Pemberian Vaksin juga bakal mendapat kad lencana fizikal vaksinasi COVID-19 kerajaan Malaysia.

Isi Isi Penting
  • Kad ini adalah sebagai tambahan kepada sijil vaksinasi digital dalam aplikasi MySejahtera.
  • Tambah Adham lagi, kad lencana ini akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tidak boleh dipalsukan kerana ia bakal dilengkapi dengan kod keselamatan.
  • Kad fizikal custom made dari MySejahtera tidak diterima sebagai bukti vaksinasi oleh kerajaan Malaysia
  • Baca juga :

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Datuk Seri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia sewaktu sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia pada 17 Mac yang lalu.

Beliau berkata bahawa kad lencana ini adalah bertujuan sebagai tambahan kepada sijil vaksinasi digital yang kini hanya boleh didapati melalui aplikasi MySejahtera. Kad lencana ini juga akan menjadi bukti bahawa seseorang itu telah menerima 2 suntikan lengkap dos vaksin COVID-19.

Penerima Lengkap 2 Dos Akan Menerima Kad Lencana Fizikal Vaksinasi COVID-19
Penerima Lengkap 2 Dos Akan Menerima Kad Lencana Fizikal Vaksinasi COVID-19. Kredit foto : BERNAMA

Tambah Adham lagi, kad lencana ini akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tidak boleh dipalsukan kerana ia bakal dilengkapi dengan kod keselamatan.

Berdasarkan perkembangan terbaharu pada 23 Julai yang lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), YB Khairy Jamaluddin memberi jaminan bahawa orang ramai yang telah lengkap proses vaksinasi ini akan mendapat kad lencana fizikal ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan kad lencana fizikal ini masih dalam proses menunggu kelulusan Kabinet untuk dikeluarkan kepada orang ramai.

Kad fizikal custom made dari MySejahtera tidak diterima sebagai bukti vaksinasi oleh kerajaan Malaysia

Dalam pada masa yang sama, YB Khairy serta Dr. Adham menegaskan bahawa mana-mana kad vaksinasi fizikal yang dijual di pasaran pada ketika ini, terutamanya kad custom made yang diambil daripada sijil vaksinasi digital MySejahtera tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai bukti penerimaan vaksinasi lengkap.

Penerima Lengkap 2 Dos Akan Menerima Kad Lencana Fizikal Vaksinasi COVID-19

Tapi kalau dah terlanjur buat pun, tak mengapa. Boleh juga dibuat sebagai kenang-kenangan di masa akan datang.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sejarah Di Sebalik Awal Muharram, Bermulanya Tahun Baru Dalam Kalendar Islam
Next Article Diambil Di Sandakan, Gambar-Gambar Galaksi Milky Way Ini Pasti Akan Mengagumkan Anda Diambil Di Sandakan, Gambar-Gambar Galaksi Milky Way Ini Pasti Akan Mengagumkan Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?