• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pengacara Popular, Sherry Al Hadad Dedah Mengapa Beraya Di Sarawak Lebih Seronok

Oleh
Nazihah AN
29 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pengacara Popular, Sherry Al Hadad Dedah Mengapa Beraya Di Sarawak Lebih Seronok

Sherry Al Hadad beraya di Sarawak tahun ini

Pengacara Popular, Sherry Al Hadad Dedah Mengapa Beraya Di Sarawak Lebih Seronok. Siapa je yang tak kenal dengan pelakon wanita sekaligus pengacara popular, Sherry Al Hadad. Rupanya, keluarga sebelah ibu Sherry ini berasal dari Sarawak. Dan tahun ini, Sherry berkata bahawa dirinya bakal menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Kuching, Sarawak.

Pengacara Sherry mendedahkan keunikan beraya di Sarawak yang membuatkannya teruja untuk pulang ke kampung halaman setiap tahun. Walaupun belum membeli tiket penerbangan, dia tetap berusaha untuk dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga di Kuching, demi menggembirakan hati ibunya.

Pengacara Popular, Sherry Al Hadad Dedah Mengapa Beraya Di Sarawak Lebih Seronok

Pengacara Popular, Sherry Al Hadad Dedah Mengapa Beraya Di Sarawak Lebih Seronok

“Sebagai anak, apa yang penting ibu bergembira,” kata Sherry sambil menyatakan kemungkinan akan berada di Kuching selama seminggu dan menginap di hotel.

Menurutnya, keseronokkan beraya di Sarawak bermula dari malam raya apabila mereka mula menziarah rumah sanak saudara dari pagi hingga malam. Acara yang paling dinantikan ialah lawan dentuman buluh meriam pada malam raya saban tahun.

Sherry turut berkongsi persiapan rayanya dengan menyediakan tujuh baju untuk dipakai sepanjang seminggu sambutan di kampung halamannya. Mengikut tradisi masyarakat Melayu di Sarawak, mereka akan memakai baju Melayu dan baju kurung selama seminggu.

“Bukan semua baju baharu, ada baju yang saya ‘kitar semula’ daripada baju shooting,” katanya.

Sherry menambah lagi, apabila berada di pusat beli-belah di Sarawak, beliau akan melihat semua orang memakai baju raya. Satu lagi perkara menarik yang dinyatakannya ialah setiap rumah wajib menghidangkan kek lapis pada musim perayaan itu.

Baca juga artikel menarik, di bawah:

Bakal Kunjung Ke Kuching Hujung Minggu Ini, Telatah Pak Nil Cuba Cakap Sarawak Buat Netizen Terhibur
Hasil Titik Peluh Sendiri, Amir Jahari Nafi Beli Kereta Pertama Guna Duit Kemenangan AJL38
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelakon Korea Lee Min Ki Mendaki Gunung Kinabalu Curi Perhatian Ramai
Next Article Khairul Aming Akhirnya Buka Mulut, Tak Pernah Lantik Pasaraya Jual Sambal Dan Dendeng Nyet Khairul Aming Nafi Lantik Pasaraya Untuk Jual Sambal Dan Dendeng Nyet

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?