I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pengambilan Pelajar Ke Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak Berasaskan Merit

Oleh Farisha
14 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kemasukan berasaskan merit ke sekolah antarabangsa milik Sarawak

Pengambilan Pelajar Ke Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak Berasaskan Merit. Kemasukan pelajar Sarawak ke Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) adalah berdasarkan merit, kata Datuk Dr Annuar Rapaee. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri berkata semua pelajar yang memenuhi kriteria kemasukan boleh mendaftar di sekolah tersebut.

“Mereka mesti mendapat sekurang-kurangnya Band 5 dalam pentaksiran berasaskan sekolah Tahun Enam untuk layak menduduki penilaian kemasukan yang dijalankan oleh Yayasan Sarawak.

Pengambilan Pelajar Ke Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak Berasaskan Merit
Pengambilan Pelajar Ke Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak Berasaskan Merit

“Jika mereka lulus penilaian tersebut, mereka boleh mendapat kemasukan ke sekolah antarabangsa Yayasan Sarawak. Jadi tiada soal kuota kaum; ia semata-mata berdasarkan meritokrasi,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Dr Annuar juga berkata pelajar YSISS akan menduduki Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dalam Tahun 11.

“Jika mereka mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan tersebut, kami akan memilih dua pelajar dan menghantar mereka ke universiti terkemuka di luar negara kerana IGCSE diterima di peringkat global. Ini adalah kelebihan YSISS,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata pelajar juga berpeluang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai pilihan alternatif jika mereka memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Untuk makluman, YSISS ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk menyediakan pendidikan yang diiktiraf di peringkat global kepada rakyat Sarawak, terutamanya mereka dari kumpulan B40.

Majoriti pelajar YSISS dari golongan B40, sistem merit dipraktikkan

Dr Annuar berkata kini terdapat 403 pelajar di dua sekolah Yayasan Sarawak di Petra Jaya dan Batu 12 Jalan Kuching-Serian, dengan lebih banyak sekolah akan dibina di Sibu, Bintulu dan Miri.

Beliau berkata 55.4% daripada pelajar adalah dari keluarga B40, 32.3% dari M40 dan 12.3% dari T20. Pada awal bulan ini, Dr Annuar turut menyatakan bahawa kemasukan pelajar ke lima universiti milik negeri akan berdasarkan meritokrasi dan bukannya sistem berasaskan kuota.

Baca juga artikel berkaitan dengan sekolah yang akan dinaiktaraf di Sarawak:

Sekolah Pintar Terbesar Sarawak Siap Ada Lif, Gambar SK Pulo Buat Netizen Teruja

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Next Article Perkhidmatan Bot Ekspres Kapit-Belaga Kembali Beroperasi Pada 16 November

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?