I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda

Artikel Ini Dibawakan Oleh
Kongsi
4 Min Bacaan
Artikel Ini Dibawakan Oleh

Realisasi Potensi Anda Sebagai Pemimpin Masa Depan Sarawak di Program Ini

Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda. Berita baik buat semua usahawan dan bakal pemimpin dari Sarawak✨ Jika anda sedang mencari acara yang bukan sekadar “cakap-cakap kosong”, tetapi yang akan memberi anda pandangan, panduan, realiti sebenar dan berkongsi teknik untuk mencapai kejayaan dalam kepimpinan, digital dan perniagaan — YPX Sarawak adalah untuk anda.

Dianjurkan khas oleh Yayasan Peneraju dengan kerjasama TEGAS Digital Village, YPX Sarawak Chapter ini akan berlangsung pada 18 & 19 November 2024 di TEGAS Digital Village, Kuching.

Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda

Program ini bertujuan untuk memberikan perspektif bernilai serta kemahiran yang relevan bagi mereka yang sedang membina kerjaya atau perniagaan. Tentunya, ini adalah peluang emas yang tak boleh dilepaskan.

Kenapa YPX Sarawak Bakal Menjadi ‘Game Changer’ Untuk Anda

1. Bina Jaringan Bersama Pemimpin Industri Malaysia

Di YPX Sarawak, anda akan berpeluang mendengar pengalaman dan pandangan secara langsung daripada pemimpin-pemimpin seperti Farid Basir (Chief People Officer, MBSB Bank), Jamaludin Bujang (Managing Director, Gobi Partners), dan Shahril Anas (Advisor, Jelawang Capital). Mereka akan berkongsi tentang cabaran transformasi digital dan strategi untuk membina perniagaan yang mampan. Tak perlu lagi mengharap dari jauh — ini adalah peluang untuk berinteraksi dan mendapatkan nasihat secara terus dari mereka.

Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda

2. Fokus Kepada Komuniti Pemimpin dan Pengasas Syarikat di Sarawak

YPX Sarawak direka khas untuk menyentuh topik cabaran sebenar yang dihadapi oleh usahawan Sarawak. Anda akan berjumpa dengan mereka yang berpengalaman dan faham tentang cabaran sebenar anda — bukan sekadar teori. Setiap sesi adalah interaktif, membawa peluang untuk menyuarakan aspirasi, cabaran, dan tentunya, peluang untuk menjalin kerjasama dalam ekosistem yang sama.

3. Skim Pembiayaan Sijil Digital Marketing Institute (DMI) untuk 20 Peserta Bumiputera Terpilih

Di zaman sekarang, kemahiran pemasaran digital bukan lagi pilihan tetapi sebuah keperluan. 20 individu Bumiputera yang terpilih daripada program ini akan berpeluang mengikuti latihan Digital Marketing Institute (DMI) Certification dengan skim pembiayaan penuh. Sesi Digital Leadership bakal memberi anda panduan untuk membawa perniagaan anda ke tahap seterusnya dengan skil masa kini yang tepat.

4. Fireside Chat Berinspirasi & Sesi Breakout Interaktif

Dari Fireside Chat yang membincangkan cabaran transformasi digital hingga ke Sesi Breakout yang interaktif, YPX Sarawak bukan sahaja memberi peluang untuk belajar, tetapi juga mendengar pendapat rakan-rakan seperjuangan. Sesi “Identifying Hurdles and Problems” akan membolehkan anda mengenal pasti halangan bersama, berkongsi pengalaman, dan menghasilkan penyelesaian praktikal bersama.

Ini 4 Sebab Kenapa YPXchange Sarawak Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Foto ehsan TEGAS Digital Village

Siapa yang Patut Hadir?

Usahawan muda, bakal pemimpin, pengasas syarikat pemula, dan pemilik perniagaan Bumiputera berumur 20-45 tahun. Jika anda mahu mengasah bakat kepimpinan, membina rangkaian dengan orang hebat, dan mengukuhkan perniagaan anda dalam dunia digital, YPX Sarawak adalah platform di mana anda akan belajar strategi sebenar dari mereka yang telah melaluinya.


Jangan lepaskan peluang untuk terlibat dalam pembentukan masa depan kepimpinan perniagaan serta menjadi pakar dalam industri yang diceburi di Sarawak! Klik butang di bawah untuk mendaftar:

Daftar YPX Sarawak Chapter Di Sini

Kenali juga pereka fesyen Sarawak yang berjaya menukarkan beg penghantar makanan kepada produk hiliran:

Kitar Semula Beg Grab Menjadi Beg Baru, Kenali Pereka Fesyen Sarawak Neng Kho Razali
Miliki Aura Yang Kuat, Kenali 5 Pemimpin Negara Paling Muda Di Dunia

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article KKIA Bakal Dinaik Taraf, Dijangka Siap Sepenuhnya Menjelang 2027 KKIA Bakal Dinaik Taraf, Dijangka Siap Sepenuhnya Menjelang 2027
Next Article Pengambilan Pelajar Ke Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak Berasaskan Merit

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Mengapa Tuak Dianggap Sebagai Minuman Tradisional Yang ‘Keras’ di Sarawak?
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?