• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Penganggur 41 Tahun Sanggup Saman Ibu Bapa Sendiri Untuk Dapatkan Tanggungan Seumur Hidup

Oleh
ILB - AI
29 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Penganggur 41 Tahun Sanggup Saman Ibu Bapa Sendiri Untuk Dapatkan Tanggungan Seumur Hidup

Lelaki tersebut ditanggung oleh ibu bapanya selama 20 tahun

Penganggur 41 Tahun Sanggup Saman Ibu Bapa Sendiri Untuk Dapatkan Tanggungan Seumur Hidup. Seorang lelaki dari UK menjadi berita utama di wilayah itu ketika dia dilaporkan berusaha untuk menyaman ibu bapanya sendiri dalam usaha untuk memaksa mereka menanggungnya seumur hidup.

Menurut laporan, Faiz Siddiqui, berumur 41 tahun, mendakwa bahawa dia bergantung sepenuhnya kepada ibu bapanya yang “kaya raya”.

Penganggur 41 Tahun Sanggup Saman Ibu Bapa Sendiri Untuk Dapatkan Tanggungan Seumur Hidup

Selama 20 tahun, ibu bapa membiarkannya tinggal tanpa sewa di flat bernilai £1 juta

Siddiqui telah menetap tanpa sewa di flat bernilai £1 juta selama 20 tahun, iaitu flat dimiliki oleh ibu bapa nya. Malah, ibu bapanya turut menampung bil dan pengeluaran lain selama ini.

Ibu bapa Siddiqui menetap di Dubai, manakala Siddiqui menetap di berhampiran Hyde Park di London. Ia juga dilaporkan bahawa Siddiqui diberi duit belanja sebanyak £400 seminggu oleh ibu bapanya.

Faiz Siddiqui ditanggung oleh ibu bapanya yang “kaya raya”. Kredit: The Sun

Ibu Siddiqui, Rakshanda berusia 69 tahun, dan bapa Siddiqui, Javed berusia 71 tahun, memutuskan untuk mengurangkan sokongan mereka setelah bertengkar dengan anak mereka.

Berikutan keputusan tersebut, Siddiqui saman ibu bapanya dengan alasan dia berhak untuk menuntut nafkah sebagai grown up child yang ‘terdedah’ akibat masalah kesihatan, di mana keputusan ibu bapanya itu akan melanggar hak asasi manusianya.

Kes terhadap ibu bapanya untuk menuntut nafkah telah ditolak oleh seorang hakim mahkamah keluarga tertinggi tahun lepas, dan kes tersebut kini dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Peguam yang mewakili ibu bapa Siddiqui mengatakan,

“Ibu bapa ini yang telah lama menderita mempunyai pandangan sendiri mengenai apa yang sesuai untuk anak mereka yang “sukar, suka menuntut, dan berazam”.”

Kes Siddiqui adalah kali pertama yang berlaku di UK dan dilaporkan boleh “menjejaskan hak setiap ibu bapa di UK.”

Siddiqui saman ibu bapa sendiri demi mendapatkan tanggungan seumur hidup. Kredit: The Sun

Memiliki ijazah dari Universiti Oxford tetapi ingin menuntut £1 juta kerana ‘pengajaran yang tidak mencukupi’

Siddiqui merupakan seorang peguam yang terlatih – memiliki ijazah dari Universiti Oxford – dan pernah berkhidmat di firma undang-undang terkemuka tetapi telah menganggur sejak 2011.

Namun, Siddiqui mengambil tindakan undang-undang terhadap universiti berkenaan pada tahun 2018 dan meminta £1 juta.

Siddiqui cuba menuntut £1 juta dari Universiti Oxford pada tahun 2018 dengan alasan universiti terbabit tidak menyediakan pengajaran yang mencukupi.

Dia mendakwa bahawa “pengajaran yang tidak mencukupi” menyebabkan dia menerima ijazah 2:1 dan turut menyebabkannya terlepas peluang untuk masuk ke sebuah kolej undang-undang terkemuka di Amerika Syarikat.

Kes terbabit ditolak.

Tok nang anak durhaka lah.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Cara Buat Pesanan Delivery Dari Pasaraya AEON Kuching, Gerenti Sampai Depan Rumah!
Next Article Banyak Aduan Tentang Miri Dicemari Bau ‘Busuk’ Bubuk, Sekali Ini Respon Pedas Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?