• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penganggur Dikhuatiri Berdepan Hukuman Mati Apabila Dituduh Mengedar 26.22 Kilo Dadah Di Kuching

Oleh
Ismail NA
17 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Penganggur tersebut baru berusia 27 tahun.

Penganggur Dikhuatiri Berdepan Hukuman Mati Apabila Dituduh Mengedar 26.22 Kilo Dadah Di Kuching. Seorang lelaki yang juga merupakan penganggur dikhuatiri berdepan hukuman berat apabila beliau dihadapkan ke dua mahkamah majistret dengan pertuduhan mengedar dadah sebanyak 26.22 kilogram secara keseluruhan di beberapa kawasan di Kuching.

Tertuduh, Spancer Senna Edwin, hanya mengangguk apabila pertuduhannya dibacakan oleh penterjemah di mahkamah.

Penganggur tersebut dikenakan empat pertuduhan iaitu mengedar dadah jenis metamphetamine seberat 6.098 kilogram berdekatan sebuah kafe di Batu 6 1/2, Jalan Penrissen sekitar jam 1.30 petang pada 26 Februari 2022.

Penganggur Dikhuatiri Berdepan Hukuman Mati Apabila Dituduh Mengedar 26.22 Kilo Dadah Di Kuching
Penganggur Dikhuatiri Berdepan Hukuman Mati Apabila Dituduh Mengedar 26.22 Kilo Dadah Di Kuching. Kredit foto : Malaysia Dateline

4 pertuduhan mengedar dadah di beberapa tempat di Kuching

Untuk pertuduhan kedua, pemuda berkenaan dikenakan pertuduhan menegdar 6.096 kilogram dadah jenis methamphetamine di sebuah hub kurier di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce sekitar jam 2 petang di hari yang sama.

Pertuduhan ketiga dan keempat pula adalah atas kesalahan mengedar dadah jenis ketamin seberat 13.376 kilogram dan methamphetamine seberat 644 gram di sebuah bilik di Kampung Bumbok, Jalan Batu Kitang, Kuching, sekitar jam 3 petang hari yang sama.

Kesemua pertuduhan adalah di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta Seksyen 39B(2) akta yang sama. Jika sabit kesalahan, penganggur tersebut boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati, atau sebatan tidak melebihi 15 kali jika tidak kenakan hukuman mati penalti.

Penganggur Dikhuatiri Berdepan Hukuman Mati Apabila Dituduh Mengedar 26.22 Kilo Dadah Di Kuching
Kredit foto: mStar

Penganggur tersebut diwakili oleh peguam Gerald Empaling Donald, Steven Beti, dan Timothy Finlayson Joel, manakala pegawai pendakwa raya adalah Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang dan Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.

Penganggur ini juga dikatakan mengedar dadah bernilai lebih RM 1 juta. Cerita penuh di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Burger Gergasi Don’s Burger Dan The Brew Crew Bakal Hadir Jadi Pesaing Baru Makanan Segera Di Kuching!
Next Article Gagal Pamer Harga Jualan Kenderaan, Peniaga Kereta Terpakai Di Sabah Dikenakan Kompaun Gagal Pamer Harga Jualan Kenderaan, Peniaga Kereta Terpakai Di Sabah Dikenakan Kompaun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?