• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Burger Gergasi Don’s Burger Dan The Brew Crew Bakal Hadir Jadi Pesaing Baru Makanan Segera Di Kuching!

Oleh
Ismail NA
16 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Sik lamak gik dapatlah ngeDon’s dan ngeBrew di Kuching.

Burger Gergasi Don’s Burger Dan The Brew Crew Bakal Hadir Jadi Pesaing Baru Makanan Segera Di Kuching! Miri sememangnya terkenal dengan rangkaian kedai makanan segera yang menarik dan sedap. Antaranya adalah seperti port burger dan kopi iaitu Don’s Burger dan The Brew Crew. Khabarnya, kedua-dua rangkaian ini akan dibuka serentak di selatan Sarawak tak lama lagi.

Isi Isi Penting
  • Sik lamak gik dapatlah ngeDon’s dan ngeBrew di Kuching.
  • Burger XXL original Sarawak yang anda wajib cuba
  • Tonton juga review kami tentang kedai-kedai burger di Miri di sini:
  • Sementara itu, ini adalah senarai burger top-notch di Kuching;

Menerusi laman Facebook rasmi Don’s Burger tersebut, cawangan terbaharu tersebut akan dibuka di Bandaraya Kuching. Dalam masa yang sama, kedai burger ini juga turut memberi bayangan membuka cawangannya di kawasan Milan Square, Kuching (berhadapan dengan Vivacity Megamall).

Burger Gergasi Don's Burger Dan The Brew Crew Bakal Hadir Jadi Pesaing Baru Makanan Segera Di Kuching!
Burger Gergasi Don’s Burger Dan The Brew Crew Bakal Hadir Jadi Pesaing Baru Makanan Segera Di Kuching! Sumber : FB Don’s Burger

Dalam masa yang sama, pengasas rangkaian minuman kopi The Brew Crew, Mohammad Adib di laman Facebooknya turut memberi petunjuk lokasi yang sama untuk pembukaan cawangan pertamanya di Kuching dalam masa terdekat.

Burger Gergasi Don's Burger Dan The Brew Crew Bakal Hadir Jadi Pesaing Baru Makanan Segera Di Kuching!
Sumber : FB Mohammad Adib

Rangkaian kopi The Brew Crew ini sudah melebarkan sayapnya ke Bintulu dan Semenanjung dengan membuka cawangan di Kuala Lumpur, Selangor. Cawangan terbaharu mereka di Kuala Lumpur adalah di Lalaport Bukit Bintang.

View this post on Instagram

A post shared by I Love Borneo (@iloveborneomy)

Buat masa ini, Don’s Burger sedang mencari pekerja untuk mengisi kekosongan servis di cawangan terbaru itu.

Burger Gergasi Don's Burger Dan The Brew Crew Bakal Hadir Jadi Pesaing Baru Makanan Segera Di Kuching!
Sumber : FB Don’s Burger

Burger XXL original Sarawak yang anda wajib cuba

Jika anda merupakan penggemar burger yang bersaiz XXL, Don’s Burger mesti dimasukkan ke dalam senarai anda. Selain daripada saiz nya yang ‘tidak boleh dibawa bincang’, presentation yang kemas dan menyelerakan pada setiap menu burger di Don’s ini pasti memuaskan hati sesiapa sahaja.

Dari segi rasa, patty burger di sini dimasak dengan sempurna walaupun disalut tepung dan digoreng. Definisi sempurna bagi kami adalah inti patty yang masih berjus dan isi yang lembut walaupun luarannya garing. Paling penting, tidak keras dan kering.

Salah satu keistimewaan Don’s Burger ini juga ialah pada nama menunya. Kesemua menu burger di sini mempunyai nama dengan elemen lokal seperti Burger Krispsy Ganaz, 240 Monyeng, Naked Monyeng Burger, Ganas-Ganas Burger, Lambo’Shank dan banyak lagi.

Don’s Burger mula diniagakan dari rumah sekitar kawasan Lorong Pujut 9B. Kini, kedai burger ini telah berkembang kepada beberapa cawangan di Miri iaitu di Permyjaya, dan Al-Bayt Square.

Tonton juga review kami tentang kedai-kedai burger di Miri di sini:

Sementara itu, ini adalah senarai burger top-notch di Kuching;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rindu Makan Coleslaw KFC? Wanita Ini Berkongsi Resipi Cara Membuat Coleslaw Sendiri Rindu Makan Coleslaw KFC? Wanita Ini Berkongsi Resipi Cara Membuat Coleslaw Sendiri
Next Article Penganggur Dikhuatiri Berdepan Hukuman Mati Apabila Dituduh Mengedar 26.22 Kilo Dadah Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?