• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gagal Bayar 5 Pampasan Rumah, Pengarah Perumahan Sentoria Didenda RM5,000

Oleh
Aina Musa
11 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Gagal Bayar 5 Pampasan Rumah, Pengarah Perumahan Sentoria Didenda RM5,000

Langgar arahan Tribunal Perumahan

Gagal Bayar 5 Pampasan Rumah, Pengarah Perumahan Sentoria Didenda RM5,000. Pengarah pemaju perumahan Sentoria Borneo Land Sdn Bhd didenda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuching hari ini atas kesalahan ingkar arahan Tribunal Perumahan sebanyak lima kes.

Chan Kong San, 62 tahun, mengaku bersalah terhadap lima tuduhan yang dikemukakan di bawah Seksyen 53(1) Ordinan Pemajuan Perumahan ( kawalan dan Perlesenan) 2013 (Cap.69) kerana gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak bermula dari tahun 2020 hingga 2022.

Gagal Bayar 5 Pampasan Rumah, Pengarah Perumahan Sentoria Didenda RM5,000

Beliau dihadapkan ke mahkamah sebagai wakil syarikat tersebut selepas syarikat itu gagal membayar pampasan kepada lima orang pembeli rumah dalam tempoh 45 hari dari tarikh arahan dikeluarkan.

Arahan berkenaan dikeluarkan berhubung projek perumahan berstrata di Borneo Samariang Resort City (BSRC).

Majistret Zubaidah Sharkawi mengenakan denda RM1,000 ke atas wakil syarikat itu bagi setiap tiga kes.

Peguam bela pemaju perumahan, Wong King Wei dan Teng Lee Kai, berhujah di mahkamah bahawa kes tersebut melibatkan hutang sivil antara pemaju perumahan dan pembeli rumah dan tidak sepatutnya dikenakan tindakan di bawah Seksyen 53 Ordinan berkenaan.

Walaubagaimanapun, mereka menyatakan memandangkan keadaan yang tidak diingini di mana akaun Had Pembangunan Perumahan (HAD) pemaju perumahan masih dibekukan oleh OCBC Bank, pihak pengarah syarikat telah menghubungi pembeli rumah berkenaan bagi mencapai persetujuan secara baik.

Hakim Syarifah Fatimah Azura dan Mason Jaro Lenya Barayan turut mengenakan denda RM1,000 ke atas wakil syarikat itu bagi dua kes lain yang dibicarakan oleh mereka.

Timbalan pendakwa raya Ronald Felix Hardin menjelaskan Seksyen 53 Ordinan tersebut membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan ingkar arahan yang dikeluarkan oleh Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak.

Beberapa orang pegawai dari Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak turut hadir semasa prosiding mahkamah dijalankan.

Baca lagi artikel menarik:

Kedai Kotor, Dua Premis Jual Rempah Ratus Di Jalan Gambier Diarah Tutup Sementara
Abigail Kee Dominasi Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan Dengan Dua Pingat Emas

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Asal Miri Hilang Selepas Hantar Kereta Sewa Di Tanjung Malim
Next Article PDRM Kuching Keluarkan Senarai Terkini Individu Yang Dikehendaki PDRM Kuching Keluarkan Senarai Terkini Individu Yang Dikehendaki

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?