• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kedai Kotor, Dua Premis Jual Rempah Ratus Di Jalan Gambier Diarah Tutup Sementara

Oleh
Aina Musa
11 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kedai Kotor, Dua Premis Jual Rempah Ratus Di Jalan Gambier Diarah Tutup Sementara

Serbuan oleh KKM mendapati tidak mematuhi spesifikasi kebersihan

Kedai Kotor, Dua Premis Jual Rempah Ratus Di Jalan Gambier Diarah Tutup Sementara. Dua premis menjual rempah ratus di Jalan Gambier, Kuching diarahkan tutup sementara selama 14 hari berkuatkuasa hari ini, berikutan tahap kebersihan yang tidak memuaskan.

Tindakan penutupan premis ini diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Kesihatan Kuching selepas mendapati premis berkenaan gagal mematuhi Akta Makanan 1983, Seksyen 11.

Kedai Kotor, Dua Premis Jual Rempah Ratus Di Jalan Gambier Diarah Tutup Sementara.

Menurut pegawai yang bertugas, serbuan ke premis tersebut dilakukan susulan aduan orang awam mengenai tahap kebersihan yang tidak memuaskan. Pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesalahan, termasuk penyimpanan bahan rempah ratus yang tidak bersih dan kegagalan mematuhi spesifikasi Akta Makanan 1983, Seksyen 11.

Serbuan ini bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang ramai terpelihara.

Beliau menambah bahawa KKM akan terus memantau premis makanan di seluruh Kuching bagi memastikan mereka mematuhi Akta Makanan 1983.

Penutupan premis ini adalah peringatan kepada semua peniaga makanan agar mementingkan kebersihan premis dan produk mereka. Pelanggan juga dinasihatkan untuk membeli rempah ratus dari premis yang bersih dan berlesen.

KKM meminta kerjasama orang awam untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mendapati premis makanan yang kotor atau tidak mematuhi peraturan.

Baca lagi artikel menarik:

Ini 6 Benda Paling Kotor Ada Di Kedai Makan Yang Anda Terlepas Pandang
Premis Kotor Dan Ada Najis Tikus, Dua Restoran Di Jalan Batu 3 Kuching Diarah Tutup

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TEGAS Anjur Kursus Intensif 5 Hari Unreal Engine Secara Percuma di Sarawak
Next Article Wanita Asal Miri Hilang Selepas Hantar Kereta Sewa Di Tanjung Malim

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?