Lebih 10,000 calon tidak hadir SPM 2023, orang ramai dakwa terpengaruh budaya ‘Influencer’
Pengaruh Influencer Dikaitkan Dengan Peningkatan Ketidakhadiran Calon SPM 2023. Pada hari ini, semua pelajar tingkatan 5 di seluruh Malaysia sedia mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, satu perkara mengejutkan berlaku apabila jumlah pelajar yang tidak hadir untuk peperiksaan itu meningkat dengan mendadak.
Menurut laporan media, sebanyak 10,160 daripada 383,685 calon baharu SPM 2023 tidak hadir untuk menduduki peperiksaan tersebut.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan menyatakan bahawa punca ketidakhadiran ini perlu dikaji dan ditangani agar langkah intervensi dapat dilaksanakan.
Mendapat keuntungan banyak jika menjadi influencer berbanding pekerjaan lain
Berikutan laporan ini, orang ramai bukan sahaja risau malah menuduh pengaruh golongan influencer sebagai punca semakin ramai pelajar malas untuk mengambil peperiksaan SPM.
Netizen berpendapat golongan muda sering dipujuk bahawa menjadi influencer jauh lebih mudah dan menguntungkan secara kewangan berbanding mencari pekerjaan lain. Malah, ada individu yang merendahkan ilmuwan kerana tidak dapat hidup mewah seperti influencer.
Oleh itu, segelintir ibu bapa meminta kerajaan mengambil langkah komprehensif untuk membendung isu ini. Ini penting untuk memastikan negara mempunyai pelapis berkualiti dan sumber pekerja profesional yang mencukupi pada masa hadapan.
