Tempat Duduk Habis Dalam Sekelip Mata, Salun Sibu Jadi Tumpuan
Orang Ramai Serbu Masuk Kedai Salun Di Sibu Ini Tarik Perhatian Netizen. Menjelang bulan perayaan Gawai, memang sinonim dengan tradisi memperbaharui stail rambut di salun.
Satu insiden menarik perhatian netizen baru-baru ini apabila satu hantaran Reels di Facebook tular. Dalam video tersebut, kelihatan orang ramai beratur panjang di depan sebuah salun di Sibu, menunggu sebelum salun tersebut dibuka lagi.

Orang Ramai Serbu Masuk Kedai Salun Di Sibu Ini Tarik Perhatian Netizen
Sejurus sahaja kedai salun tersebut dibuka, kelihatan orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam salun tersebut untuk mengambil tempat duduk. Sekelip mata sahaja, salun tersebut sudah penuh!
Menerusi ruangan komen, ada yang menyatakan bahawa tempat tersebut bukan sahaja murah tetapi juga menepati citarasa pelanggan. Tidak hairanlah ia sering ‘fullhouse’. Malah, pada hujung tahun lepas juga, mereka pernah viral kerana sambutan yang luar biasa.
Rata-rata netizen turut teruja dengan semangat pelanggan yang sanggup berbaris menunggu giliran mereka. Ramai yang memuji semangat masyarakat Sibu dalam menyambut perayaan Gawai dengan penuh gaya dan keterujaan.
Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri beratur panjang untuk mendapatkan khidmat di salun kegemaran. Tidak dapat dinafikan, salun ini juga meraih manfaat yang besar dari permintaan tinggi ini.
