• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pengemis Ketuk Cermin Kereta Ditahan Di Tawau, Netizen Puji Tindakan Tegas PDRM

Oleh
Farisha
6 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

PDRM tangkap pengemis di Tawau, langkah bijak atau keterlaluan?

Pengemis Ketuk Cermin Kereta Ditahan Di Tawau, Netizen Puji Tindakan Tegas PDRM. Baru-baru ini, satu hantaran di media sosial telah menjadi tular mengenai tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Tawau yang berjaya menangkap beberapa pengemis jalanan di kawasan bahu jalan.

Hantaran tersebut, yang dimuat naik di laman Facebook, memaparkan usaha anggota PDRM menarik dan mengejar pengemis-pengemis ini untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

Pengemis Ketuk Cermin Kereta Ditahan Di Tawau, Netizen Puji Tindakan Tegas PDRM
Pengemis Ketuk Cermin Kereta Ditahan Di Tawau, Netizen Puji Tindakan Tegas PDRM. Sumber foto: Facebook

Kapsyen dalam hantaran itu berbunyi, “Inikah budak-budak yang selalu ketuk cermin kereta tu?”, merujuk kepada gelagat pengemis yang sering mendekati kenderaan di lampu isyarat.

Netizen Puji Tindakan Tegas PDRM

Ruangan komen hantaran tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi netizen. Ramai yang menyokong tindakan pantas pihak berkuasa dalam menangani isu ini.

Seorang pengguna menulis:

“Jangan kamu rindu kena ketuk cermin kereta kamu ya”, sambil menyindir gelagat pengemis yang sering menimbulkan rasa tidak selesa kepada pemandu.

Manakala seorang lagi berkongsi pengalaman:

“Ngam la tu, kadang bahaya juga dorang p katuk-katuk kereta. Kalau kena langgar mati sia-sia. Sini lagi KK ni banyak juga macam ni, mak-mak dorang duduk tepi-tepi memantau anak-anak dorang p meminta-minta.

Isu Keselamatan dan Kesejahteraan

Tindakan pihak PDRM ini bukan sahaja untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya tetapi juga untuk memastikan anak-anak yang terlibat tidak terus dieksploitasi. Kebanyakan netizen juga bersetuju bahawa situasi ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengemis sendiri dan pemandu kenderaan.

Sebagai masyarakat prihatin, marilah kita terus menyokong usaha pihak berkuasa dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan komuniti kita.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Lelaki Berkaki Ayam Ketuk Tingkap Kereta Di Matang Ini Timbulkan Kerisauan Dikalangan Orang Awam
Mengemis Untuk Melancong, Ketahui Apakah ‘Begpacker’ Dan Mengapa Ia Tidak Boleh Digalakkan
SUMBER :Facebook
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Tidak Akan Laksanakan Sebat Terbuka Untuk Umat Islam
Next Article Beruang Matahari Jadi Maskot Visit Malaysia Tahun 2026 Beruang Matahari Jadi Maskot Visit Malaysia Tahun 2026

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?