• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Tidak Akan Laksanakan Sebat Terbuka Untuk Umat Islam

Oleh
Farisha
6 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Ini Bukan Pendekatan Negeri Kita, Tiada Sebat Secara Terbuka di Sabah, Kata Menteri

Sabah Tidak Akan Laksanakan Sebat Terbuka Untuk Umat Islam. Sabah tidak akan melaksanakan hukuman sebat secara terbuka untuk umat Islam, kata Menteri Bertanggungjawab untuk Hal Ehwal Agama dan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Beliau tampil menjelaskan bahawa kenyataan Mufti Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar, yang menyokong sebat terbuka adalah pandangan peribadi semata-mata dan bukan pendirian rasmi kerajaan negeri.

Sabah Tidak Akan Laksanakan Sebat Terbuka Untuk Umat Islam
Sabah Tidak Akan Laksanakan Sebat Terbuka Untuk Umat Islam. Gambar hiasan. Sumber foto: Tribunnews

Apa Kata Mufti?

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Datuk Bungsu menyatakan sokongannya terhadap sebat secara terbuka kerana ia dilakukan berdasarkan syarat dan undang-undang Islam.

Saya ingin jelaskan bahawa kenyataan Datuk Bungsu adalah pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili pendirian negeri,” tegas Arifin, menurut laporan media tempatan.

Beliau juga menyatakan bahawa kaedah sebat yang sedia ada untuk kesalahan Takzir (hukuman budi bicara) masih diteruskan seperti biasa.

Kenapa Sabah Tidak Ikut Terengganu?

Sabah mengambil pendekatan berbeza daripada negeri Terengganu, yang baru-baru ini melaksanakan hukuman sebat secara terbuka pertama di negeri itu bagi kes khalwat.

Sabah adalah negeri unik yang berbilang kaum dan agama. Keharmonian, toleransi, dan persefahaman antara kaum serta agama adalah asas kehidupan damai di Sabah.

Beliau turut menekankan prinsip ‘Fiqh Sabahi’, yang diperkenalkan oleh Mufti Sabah sendiri, sebagai panduan dalam menangani hubungan dalam komuniti pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

“Prinsip ini menggabungkan kebijaksanaan dan rasional bagi memastikan keharmonian dalam masyarakat yang pelbagai,” tambahnya lagi.

Arifin berharap isu ini tidak dipolitikkan atau dijadikan topik perdebatan yang boleh mengganggu keharmonian di negeri itu.

“Sabah kekal dengan pendekatan yang lebih inklusif, mengambil kira sensitiviti rakyatnya,” katanya.

Apa Reaksi Terengganu?

Untuk rekod, pelaksanaan hukuman sebat terbuka di Terengganu telah mendapat kritikan hebat, termasuk daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), yang mendakwa bahawa mahkamah syariah negeri itu telah melampaui bidang kuasa mereka.

Keputusan Sabah untuk tidak mengikut langkah ini menjadi tanda jelas bahawa negeri tersebut memilih pendekatan yang lebih harmoni dalam menangani isu-isu agama dan hukuman syariah.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kes-kes sebatan di Kuching:

Rogol Remaja Bawah Umur, Lelaki Dari Kuching Dipenjara 22 Tahun Dan 5 Sebatan
Rompak Kedai Guna Gergaji Lipat, Lelaki Dipenjara 7 Tahun Dan 3 Sebatan Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hotel Di KK Dikecam Gara-Gara Papan Tanda Guna Bahasa Asing, Ini Penjelasan Pihak Hotel Hotel Di KK Dikecam Gara-Gara Papan Tanda Guna Bahasa Asing, Ini Penjelasan Pihak Hotel
Next Article Pengemis Ketuk Cermin Kereta Ditahan Di Tawau, Netizen Puji Tindakan Tegas PDRM

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?