• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pengerusi Sarawak United FC Akhirnya Sedia Undur Diri, Cari Pengganti Untuk Ambil Alih Jawatan

Oleh
Nazihah AN
2 November 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Pengerusi Sarawak United Akhirnya Sedia Undur Diri, Cari Pengganti Untuk Ambil Alih Jawatan

Kenyataan media rasmi telah dimuat naik malam tadi.

Pengerusi Sarawak United Akhirnya Sedia Undur Diri, Cari Pengganti Untuk Ambil Alih Jawatan. Sarawak United sering dikaitkan dengan beberapa masalah sehingga ada dikalangan pemain terpaksa menghadap notis untuk kosongkan rumah.

Tidak hanya itu, menerusi laman Instagram rasmi mereka, turut ditegur oleh TMJ dimana beliau meninggalkan komen ‘bayar gaji’. Komen tersebut seperti diajukan kepada presiden Sarawak United FC (SUFC).

Pengerusi Sarawak United Akhirnya Sedia Undur Diri, Cari Pengganti Untuk Ambil Alih Jawatan
Pengerusi Sarawak United FC Akhirnya Sedia Undur Diri, Cari Pengganti Untuk Ambil Alih Jawatan. Sumber: FB Sarawak United FC Official

‘FAS dan SUFC memerlukan perbelanjaan yang besar dalam setahun untuk lima pasukan utama’ Presiden FAS dan SUFC

Dek kerana kerap dilanda dengan pelbagai masalah dari segi kewangan, akhirnya pihak SUFC telah memuat naik hantaran untuk mencari Presiden FAS sekaligus merangkap Pengerusi SUFC baharu.

Menerusi perkongsian tersebut, mereka sedang mencari pengganti untuk mengambil alih jawatan sebagai Presiden FAS merangkap Pengerusi SUFC. Perkongsian tersebut turut menyatakan bahawa presiden baharu harus bersedia untuk memikul tanggungjawab besar terhadap FAS dan SUFC.

Berikut adalah kenyataan media rasmi dari pihak Sarawak United FC:

Pengerusi Sarawak United Akhirnya Sedia Undur Diri, Cari Pengganti Untuk Ambil Alih Jawatan
Pengerusi Sarawak United Akhirnya Sedia Undur Diri, Cari Pengganti Untuk Ambil Alih Jawatan. Sumber: FB Sarawak United FC Official

2 jam setelah kenyataan itu dikeluarkan, telah dilaporkan bahawa permohonan rayuan Lesen Kebangsaan Sarawak United FC telah ditolak.

Kepada peminat bola sepak di Sarawak,

Saya sangat mengalu-alukan individu yang berminat dan berhasrat mengalas tanggungjawab sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) merangkap Pengerusi Sarawak United FC (SUFC) untuk datang ke pejabat dan berjumpa dengan pihak pengurusan tertinggi bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara ini.

Berkenaan dengan perlesenan kelab, saya selaku presiden akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan kesemua urusan tadbir berjalan lancar. Sekiranya keputusan sama ada lulus atau tidak perlesenan kelab untuk tahun hadapan 2023, bagi pihak SUFC dengan rendah diri akan akur dengan keputusan jawatankuasa rayuan sekiranya terpaksa bermain di Liga Divisyen Kedua.

Dato Posa Haji Majais (Presiden FAS & Pengerusi SUFC)

Walau bagaimanapun, dua jam setelah kenyataan itu dikeluarkan, telah dilaporkan bahawa permohonan rayuan Lesen Kebangsaan Sarawak United FC telah DITOLAK oleh Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB). Sehubungan dengan itu, SUFC tidak layak untuk beraksi dalam Liga Super 2023.

Ini bermakna SUFC mungkin perlu bermula semula dari liga M3 bermula tahun hadapan.

Pengerusi Sarawak United Akhirnya Sedia Undur Diri, Cari Pengganti Untuk Ambil Alih Jawatan
Sumber: FB Sarawak United FC Official

Berbalik kepada isu jawatan saya sekarang, ingin saya ingatkan bahawa bakal pemegang jawatan yang berminat harus bersedia memikul tanggungjawab besar terhadap FAS dan SUFC. (Untuk makluman dan pengetahuan, FAS dan SUFC memerlukan perbelanjaan yang besar dalam setahun untuk lima pasukan utama, senior team-liga super, pasukan bawah 23-SUFC, pasukan bawah 20-SUFC, pasukan bawah 18-SUFC, futsal lelaki-SUFC dan futsal wanita-SUFC).

Urus tadbir semua pasukan-pasukan SUFC memerlukan dana kewangan yang besar bagi memastikan kesemua pasukan boleh beraksi dalam penganjuran liga malaysia. Turun naik sesebuah pasukan tidak mustahil menjadi pemangkin semangat kami untuk kembali ke kancah liga super 2024 In Sha Allah.

Akhir kata, terima kasih kepada semua peminat yang sangat mengambil berat tentang keberadaan situasi FAS dan SUFC selama ini.

Sekian terima kasih.

Dato Posa Haji Majais (Presiden FAS & Pengerusi SUFC)
Pengerusi Sarawak United Akhirnya Sedia Undur Diri, Cari Pengganti Untuk Ambil Alih Jawatan
Sumber: FB Sarawak United FC Official

Semoga segala urusan untuk Sarawak United FC ini dipermudahkan. Harap ada pihak yang mampu untuk mengambil alih jawatan tersebut untuk SUFC kekal maju ke hadapan.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cetakan Timbul, Ketahui Cara Mengenali Duit Kertas Asli Dan Palsu Untuk Elak Penipuan
Next Article Orang Sarawak Duduk Atas Pokok? Lelaki Ini Puji Sarawak Antara Negeri Terkaya Dan Maju

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?