I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Pemain Kena Hadap Notis Kosongkan Rumah, Sarawak United FC Jamin Bayar 2 Minggu Lagi
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemain Kena Hadap Notis Kosongkan Rumah, Sarawak United FC Jamin Bayar 2 Minggu Lagi

Oleh Nur Afifah 24 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Isu tunggakan gaji pemain yang membelenggu kini hampir 4 bulan.

Pemain Kena Hadap Notis Kosongkan Rumah, Sarawak United FC Jamin Bayar 2 Minggu Lagi. Tak bayar gaji sebulan pun dah semput kan? Inikan pula tidak dibayar gaji berbulan-bulan. Beginilah nasib yang menimpa pemain dan pegawai pasukan Sarawak United FC yang masih menunggu dompet mereka terisi dengan hasil titik peluh mencorak pergerakan bola di atas padang.

Menerusi hantaran yang dibuat di laman Instagram Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFA Malaysia), pihaknya mendakwa telah menerima laporan daripada pemain-pemain bola sepak pasukan Sarawak United FC di mana gaji mereka kini tertunggak selama hampir 4 bulan.

Pemain Kena Hadap Notis Kosongkan Rumah, Sarawak United FC Jamin Bayar 2 Minggu Lagi
Pemain Kena Hadap Notis Kosongkan Rumah, Sarawak United FC Jamin Bayar 2 Minggu Lagi. Sumber: IG @pfamalaysia

Berserta tanda pagar #SolidaritiUntukPemain, badan persatuan pemain ini juga telah bertindak di atas aduan tersebut sebelum ini dengan menghantar notis kepada Sarawak United FC pada 14 Jun 2022, kemudian diikuti dengan notis susulan pada 8 Julai 2022.

Meskipun menerima maklum balas daripada pasukan tersebut yang akan melunaskan tunggakan gaji, namun para pemain dilaporkan belum menerima bayaran penuh sehingga hari ini (24 Ogos 2022).

Kelab tak bayar sewa penginapan, pemain terpaksa hadap kesannya

Lebih mendukacitakan, situasi pemain kini dikatakan bagai retak menanti belah apabila sudah menerima notis amaran untuk mengosongkan kediaman kerana pihak kelab turut gagal melunaskan sewa kediaman pemain.

Pemain Kena Hadap Notis Kosongkan Rumah, Sarawak United FC Jamin Bayar 2 Minggu Lagi
Sumber: IG @pfamalaysia

Dalam hantaran yang sama, PFAM yang memandang serius isu ini turut menggesa pihak pengurusan kelab agar memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab pengurusan kelab. Hal ini juga bagi mengelakkan hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pasukan Sarawak United FC.

Susulan isu ini, PFAM berhasrat untuk membawa isu tunggakan gaji pemain di Sarawak United FC ini ke peringkat NRDC dalam masa yang terdekat.

Pemilik Sarawak United FC jamin gaji dibayar dalam masa selewat-lewatnya 2 minggu lagi

Dalam satu laporan berasingan yang dilaporkan oleh Astro Arena, pemilik pasukan Sarawak United FC, Datuk Posa Majais nyata kecewa dengan situasi yang dihadapi kini dan memberi jaminan bahawa bayaran berkenaan akan dijelaskan dalam masa 2 minggu ini, selepas peruntukan baharu untuk kelab tersebut diluluskan.

Jelasnya lagi menerusi perbualan telefon bersama pihak Astro Arena, gaji yang tertunggak kini adalah gaji selama 3 bulan lebih dan bukannya 4 bulan sebagaimana yang diperkatakan. Sebahagian daripada pemain juga telah menerima ‘advance’. Manakala gaji pegawai Sarawak United FC tertunggak selama 2 bulan lebih sahaja.

Pemain Kena Hadap Notis Kosongkan Rumah, Sarawak United FC Jamin Bayar 2 Minggu Lagi
Kredit: FB Sarawak United FC Official

Anggaran ‘hutang’ kepada anggota pasukan sebanyak RM2 juta

Sarawak United FC kini menghadapi tunggakan gaji mencecah anggaran RM 2 juta yang melibatkan gaji pemain dan pegawai pasukan. Akibat gagal membayar gaji bekas pemain importnya yang berasal dari Brazil, Sarawak United FC dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh FIFA.

Semoga masalah di antara Sarawak United FC, pemain dan pegawai ini dapat diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan lebih banyak krisis yang lebih keruh serta mengembalikan kepercayaan peminat terhadap kredibiliti pasukan ini dalam masa terdekat.

Baca juga artikel berkaitan Sarawak United FC yang pernah kami terbitkan di sini, yang nombor 2 kat bawah ni mesti baca:

SUMBER : PFA Malaysia, Astro Arena
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Paksa Kereta Berhenti Di Jalan Raya, Lelaki Meragut Beg Tangan Wanita Ini Kini Dijejaki Polis Paksa Kereta Berhenti Di Jalan Raya, Lelaki Meragut Beg Tangan Wanita Ini Kini Dijejaki Polis
Next Article Konsert Nidji Dan SOG Di Sabah Ditangguh, Penganjur Umum Tunda Ke Disember Ini Konsert Nidji Dan SOG Di Sabah Ditangguh, Penganjur Umum Tunda Ke Disember Ini

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?