• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penggunaan Papan Tanda Dwibahasa Tiada Masalah Di Sarawak – Abdul Karim

Oleh
Farisha
26 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Penggunaan dwibahasa pada papan tanda beri keselesaan pada pelancong, khususnya di Sarawak

Penggunaan Papan Tanda Dwibahasa Tiada Masalah Di Sarawak – Abdul Karim. Penggunaan papan tanda dwibahasa di jalan atau kedai memberikan keselesaan kepada pelancong tetapi tidak memberi impak yang besar, menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau menerangkan bahawa penguatkuasaan peraturan papan tanda adalah tertakluk kepada undang-undang sedia ada. Abdul Karim menyatakan tiada masalah menggunakan dwibahasa pada papan tanda, khususnya di Sarawak yang mempunyai dua bahasa pilihan – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Penggunaan Papan Tanda Dwibahasa Tiada Masalah Di Sarawak - Abdul Karim
Penggunaan Papan Tanda Dwibahasa Tiada Masalah Di Sarawak – Abdul Karim

Beliau menyatakan bahawa sekiranya ingin memasukkan kesemua 34 bahasa etnik Sarawak, papan tanda akan menjadi sangat besar. Menurut laporan media tempatan, beliau berkata, penggunaan undang-undang sedia ada oleh pihak berkuasa tempatan adalah mencukupi.

Kepelbagaian bahasa turut dialukan

Abdul Karim mencadangkan bahawa sekiranya terdapat keperluan undang-undang untuk menggunakan dwibahasa (Melayu dan Inggeris), ia wajar dilaksanakan. Tambahan pula, beliau tidak melihat masalah sekiranya bahasa Mandarin turut disertakan, menjadikan papan tanda bertiga bahasa.

Kenyataan ini adalah respons beliau terhadap kritikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing, yang mendakwa tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyekat papan tanda berbahasa Cina boleh mencemarkan imej Malaysia sebagai negara berbilang budaya.

King Sing mendakwa tindakan tersebut kontroversi dan berpotensi menimbulkan ketidakpuasan serta persepsi negatif dalam kalangan pelancong antarabangsa. DBKL sebelum ini telah melancarkan operasi berskala besar terhadap papan tanda yang tidak memaparkan Bahasa Melayu di beberapa kawasan di Kuala Lumpur.

Abdul Karim turut mengulas perdebatan di Parlimen yang mempersoalkan sama ada King Sing lebih mengutamakan kepentingan Malaysia atau China. Beliau menegaskan tidak mahu menghakimi sama ada pihak yang salah atau betul, sebaliknya menekankan kewujudan undang-undang berkaitan papan tanda.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Bakal Jadi Mercu Tanda Ikonik, Abdul Karim Kata Tiang Bendera Tertinggi ‘Harus Dihargai Dan Tidak Dipolitikkan’
Sarawak Minta Beberapa Perubahan Dibuat Dalam PADU – Abdul Karim
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Miri Alami Banjir Kilat Mendadak, Penduduk Desak Naik Taraf Sistem Perparitan Miri Alami Banjir Kilat Mendadak, Penduduk Desak Naik Taraf Sistem Perparitan
Next Article Ahli Parlimen Tuaran Mahu Labuan Dikembalikan Kepada Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?