• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Minta Beberapa Perubahan Dibuat Dalam PADU – Abdul Karim

Oleh
Aina Musa
24 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Sarawak Minta Beberapa Perubahan Dibuat Dalam PADU - Abdul Karim

Sarawak minta teliti semula PADU

Sarawak Minta Beberapa Perubahan Dibuat Dalam PADU – Abdul Karim. Sarawak meminta beberapa perubahan dibuat berkait maklumat peribadi yang diminta diisi dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet negeri baru-baru ini berikutan timbul keraguan berhubung maklumat peribadi individu.

Sarawak Minta Beberapa Perubahan Dibuat Dalam PADU – Abdul Karim. Sumber: Berita Harian

Katanya, ia bukan bermakna kerajaan Sarawak tidak menyokong inisiatif Kerajaan Persekutuan, tetapi sekadar meminta PADU diteliti semula kerana melihat ada maklumat peribadi yang tidak sepatutnya didedahkan.

“Ini membabitkan maklumat peribadi. Jika tiada keraguan, sudah tentu kami akan menyokong PADU, tapi ada beberapa perkara penting yang kami mahu kementerian terbabit jelaskan dan mungkin butiran tertentu yang mereka tidak perlu minta,” katanya.

Abdul Karim juga mengibaratkan pendaftaran dalam PADU ibarat ‘menelanjangkan diri’ apabila mendedahkan semua butiran peribadi, termasuk akaun bank, hartanah dan pelaburan.

“Saya tidak fikir itu cara yang betul untuk rakyat. Kita semua mempunyai hak untuk menjaga privasi. Kita sudah ada sistem e-Kasih bagi mengenal`pasti golongan miskin yang memerlukan bantuan, jadi apa keperluan ada PADU pula?,” soalnya.

Menurutnya lagi, PADU juga tidak harus dilaksanakan secara tergesa-gesa dan memaksa semua rakyat mendaftar.

“Jika PADU bertujuan membantu orang miskin, biarlah orang miskin mendaftar, bukannya mewajibkan semua orang mendaftar,” katanya.

PADU dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu sebagai pangkalan data berkaitan maklumat asas demografi, pendidikan, pekerjaan, pendapatan, komitmen dan bantuan yang diterima rakyat.

Objektifnya untuk menyediakan pangkalan data utama negara bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan, menggubal dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data serta mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.

Setakat Rabu lalu, seramai 6.34 juta atau 29 peratus daripada 30.08 juta rakyat sudah mengemas kini data dalam sistem berkenaan dengan Selangor merekodkan 970,000 individu mengemas kini data, Sarawak (770,000), Johor (650,000), Perak (590,000), Sabah (550,000) dan Kedah (450,000).

Selain itu, seramai 420,000 individu di Kelantan turut mengemas kini data mereka, diikuti Kuala Lumpur (380,000), masing-masing Pahang dan Pulau Pinang (350,000), Terengganu (310,000), Negeri Sembilan (270,000), Melaka (180,000), Perlis (70,000), Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan (20,000).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, sebelum ini mengumumkan penyasaran semula subsidi nanti akan menggunakan maklumat yang ada dalam sistem PADU.

Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini data diminta berbuat demikian sebelum sistem PADU ditutup pada 31 Mac ini, sama ada di https://www.padu.gov.my atau di kaunter PADU berdekatan.

Baca lagi artikel menarik:

Karim Mahu Orang Sarawak Hentikan Pendaftaran PADU Serta Merta
Panduan Lengkap Mendaftar Dan Kemaskini PADU
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sukar Kawal Kesedihan, Keluarga Muhd Nazmie Aizat Masih Dalam Keadaan Terkejut
Next Article Ini Resepi Mudah Buat Popia Sira Goreng Yang Rangup Dan Lazat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?