• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penghantar Makanan Maut, Lelaki Memandu Secara Berbahaya Didenda RM30K Di Sabah

Oleh
Farisha
19 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Padah memandu secara berbahaya, pemandu lori dipenjara 7 tahun dan didenda RM30,000

Penghantar Makanan Maut, Lelaki Memandu Secara Berbahaya Didenda RM30K Di Sabah. Seorang lelaki berusia 32 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM30,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Trafik di Sabah kerana memandu secara berbahaya, yang menyebabkan kematian seorang penunggang penghantar makanan di Penampang, tiga tahun lalu.

Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu terhadap Azlan Mohd Salem. Menurut laporan, pemandu tersebut didapati bersalah memandu lori dengan cara berbahaya dan menyebabkan kematian penunggang motosikal yang berusia 33 tahun pada 1.35 tengah hari, pada 1 Julai 2021 di jalan lama Papar, berhampiran kilang Quality Broadway Sdn Bhd.

Pada 14 Mac 2022, Azlan telah mengemukakan rayuan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan yang membawa hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM20,000, jika disabitkan.

Berjaya tangguh pelaksanaan hukuman

Mahkamah memerintahkan Azlan menjalani hukuman penjara mulai tarikh sabitan. Bagaimanapun, Azlan, yang diwakili peguam Mohamad Amirul Amin, berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan mahkamah.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin. Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al-Hakim Abdul Razak hadir untuk pendakwaan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Penganggur Dari Bau Dipenjara 3 Tahun, Penggal Kepala Kucing Dan Ugut Bunuh Ibu
Individu Dari Filipina Didenda RM40K Gara-Gara Simpan Dan Kawal Gaharu Secara Haram Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Individu Dari Filipina Didenda RM40K Gara-Gara Simpan Dan Kawal Gaharu Secara Haram Di Sabah Individu Dari Filipina Didenda RM40K Gara-Gara Simpan Dan Kawal Gaharu Secara Haram Di Sabah
Next Article Kerabat Diraja Selangor Dan Perak Antara VVIP Dijangka Hadir RWMF 2024 Pada 28 Hingga 30 Jun

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?