Sesiapa yang ingin melancong ke Kuching, ini antara hotel bajet yang boleh dinikmati para pelancong tempatan dan luar negara
Penginapan Bajet Bawah RM150 Di Kuching. Bandar Kuching sememangnya destinasi percutian popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Dengan pelbagai tarikan menarik, budaya istimewa dan keindahan alam semula jadi yang mengagumkan, bandar ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa kepada sesiapa yang sudi melawatnya.
Disebabkan oleh populariti bandar ini sebagai destinasi pelancongan, terdapat pelbagai jenis penginapan atau hotel yang ditawarkan, membuat tugas memilih hotel sesuai agak sukar buat mereka yang pertama kali mengunjung ke bandar Kuching.
1. Tune Hotel Waterfront
Rangkaian hotel Tune ini memang terkenal dengan tawaran bilik murah dan tahap keseleseaan yang amat memuaskan. Bilik standard di sini datang lengkap dengan bilik air persendirian dan, untuk memastikan keselesaan tetamu, setiap bilik juga dilengkapi dengan penghawa dingin, alas katil yang ditukar setiap hari dan tuala bersih. Hotel ini amat sesuai bagi mereka yang mencari hotel bajet di Kuching untuk merehatkan kaki selepas satu hari sibuk meneroka keindahan bandar tersebut.
Tambahan pula, disebabkan anda berada di Jalan Tunku Abdul Rahman, terdapat banyak pilihan kedai makanan yang berdekatan dengan kawasan hotel.
Maklumat penting
Lokasi: Jalan Borneo, Off Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching
Harga: Serendah RM72
Hubungi: 082-238 221
2. Penview Hotel
Apa yang memberi hotel ini keunikanya adalah perabot kayu yang menhiasi setiap pelusuk hotel tersebut. Jika itu tidak cukup untuk menawan hati, anda pasti akan jatuh cinta dengan keselesaan bilik di hotel ini yang serba lengkap dengan penghawa dingin, Wifi percuma dan bilik air persendirian.
Hotel ini amat sesuai untuk mereka yang merancang untuk menghari majlis atau persidangan di Borneo Convention Centre kerana hotel ini hanya 10 minit sahaja masa memandu ke sana.
Maklumat penting
Lokasi: Lot 3411,Block D, Jalan Tun Razak, 93450 Kuching, Malaysia
Harga: Serendah RM113
Hubungi: 082-341 200
3. Memoire Hornbill Hotel
Jika anda mencari hotel 3 bintang yang menawarkan bilik dengan harga yang berbaloi anda pasti akan jatuh cinta dengan Memoire Hornbill Hotel Kuching. Hotel yang terletak di bandar Kuching ini memberi tetamu pilihan antara 3 jenis bilik yang unik iaitu Urban Room, Urban Window Room dan Urban Deluxe Window Room.
Melihat gambar sahaja anda dapat melihat betapa luas dan bersih bilik yang menimbulkan suasana ideal untuk merehatkan diri dihujung hari. Tambahan pula, bilik yang dihias moden ini juga datang lengkap dengan penghawa dingin, bilik air persendirian dan wifi percuma. Hotel ini juga hanya 4 kilometer sahaja dari tempat membeli belah popular, Kuching Waterfront Bazaar.
Maklumat penting
Lokasi: Central Park Commercial, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce,, 93200 Kuching
Harga: Serendah RM93
Hubungi: 082-413 551
4. Telang Usan Hotel Kuching
Tersorok di sebalik pohon-pohon hijau anda dapat menemui Hotel 3 bintang bernama Telang Usan Hotel Kuching. Apa yang membuat bilik di hotel ini unik adalah ia dihias dengan unsur-unsur budaya tempatan Sarawak.
Tetamu dapat memilih antara bilik standard atau deluxe. Setiap bilik datang lengkap dengan penghawa dingin, TV skrin rata, peti sejuk mini dan bilik mandi persendirian.5.
Maklumat penting
5. Abell Hotel
Lokasi strategik Abell Hotel Kuching membolehkan anda dekat dengan tarikan utama seperti Muzium Sarawak, Waterfront, dan Main Bazaar. Pergerakan di dalam bandar sangat mudah memandangkan dekat dengan hentian bas dan teksi.
Dengan lokasi pusat, kemudahan luas dan perkhidmatan mesra, Abell Hotel Kuching adalah pangkalan yang sangat sesuai untuk pelancong bisnes mahupun cuti ke Kuching. Keselesaan dan kemudahan yang disediakan, dipadankan dengan kadar bilik yang berpatutan, menjadikannya penginapan berbaloi yang boleh anda harapkan.
Maklumat penting
Lokasi: 22, Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak
Harga: Serendah RM121
Hubungi: 082-239 449
6. Place2Stay
Hotel ini menyediakan pengalaman penginapan yang mudah dan selesa. Bilik-biliknya sederhana dan dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan untuk penginapan yang rehat. Ia melayani pelbagai jenis pelancong dengan pelbagai jenis bilik yang tersedia, dari bilik single hingga bilik keluarga.
Bagi kemudahan dan perkhidmatan pula, tetamu boleh menikmati Wi-Fi percuma, perkhidmatan bilik 24 jam, dan pengemasan harian. Terletak di pusat bandar, ini memudahkan tetamu untuk meneroka Kuching dan sekitarnya. Hotel ini berdekatan dengan pusat membeli-belah, restoran tempatan, dan tarikan utama bandar.
Maklumat penting
Lokasi: Place2Stay Waterfront/ Metrocity/ Riverside
Harga: Serendah RM50
Dengan mempertimbangkan aspek-aspek ini, anda dapat membuat keputusan yang tepat dan menikmati penginapan yang menyenangkan di Kuching, Sarawak, mengikut bajet anda. Semua tempahan hotel di atas boleh dibuat melalui Booking.com atau laman sesawang lain untuk tempahan.