• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Hotel Unik Pertama Di Dunia, Hotel Ini Dari Pelantar Minyak Terbiar Di Sabah

Oleh
Nazihah AN
25 Oktober 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Hotel Unik Pertama Di Dunia, Hotel Ini Dari Pelantar Minyak Terbiar Di Sabah

Pengalaman unik dan bertaraf 5 bintang di tengah-tengah laut di Sabah

Hotel Unik Pertama Di Dunia, Hotel Ini Dari Pelantar Minyak Terbiar Di Sabah. Biasanya pelantar minyak yang tidak lagi boleh digunakan untuk menggali minyak di lautan dibiarkan usang dan ditinggalkan begitu saja. Tapi pendekatan yang berbeza telah dilakukan bagi pelantar minyak ini.

Terletak tidak jauh dari Pulau Mabul, Sabah – Seaventures Dive Rig Resort membuktikan bahawa pelantar minyak lama boleh diubahsuai menjadi destinasi percutian yang menarik.

Jika selama ini hanya mereka yang bekerja di pelantar minyak saja yang merasai suasana tinggal di sana, kini anda juga berpeluang untuk merasai suasana ini.

Dengan 27 bilik yang lengkap, termasuk bilik keluarga dan bilik dengan dua katil dan juga asrama, pengunjung pasti selesa. Selain itu, terdapat juga kemudahan wifi percuma dan pelbagai aktiviti yang menanti anda.

Hotel Unik Pertama Di Dunia, Hotel Ini Dari Pelantar Minyak Terbiar Di Sabah
Hotel Unik Pertama Di Dunia, Hotel Ini Dari Pelantar Minyak Terbiar Di Sabah. Kredit: SabahTravel.com

Seaventures Dive Rig Resort menawarkan pengalaman yang berbeza daripada resort-resort lain

Asalnya sebuah pelantar minyak, Seaventures Dive Resort membuat renovasi ke atas pelantar minyak terbiar tersebut menjadi sebuah hotel mewah. Meskipun hanya dikelilingi oleh lautan, anda tidak akan merasa bosan. Terdapat bilik tontonan TV, bilik karaoke, meja pool, kedai cenderamata, dan bilik mesyuarat yang muat hingga 60 orang.

Pendek kata jika nak buat company trip pun boleh.

Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan anda. Tak lah anda kepanasan nanti.

Ada juga barbeque mingguan dengan persembahan live band dari The Sea Gypsies. Mereka ni sebenarnya adalah pasukan menyelam skuba di sini. Fuyoh, pandai menyelam dan pandai main live band – menarik!

Keindahan dunia bawah air di sini memang luar biasa. Ianya sesuatu yang tak dapat disangkal lagi. Anda akan bertemu dengan pelbagai spesis ikan dan hidupan laut seperti barakuda, ikan parrot kepala bonggol, ikan pari manta dan banyak lagi.

Kadang-kadang, anda mungkin juga berpeluang melihat jerung hammerhead, jerung leopard dan jerung putih yang melintas. Terumbu karang di sini juga menarik dan cantik. Ditambah pula airnya yang jernih dan bersih.

Tetapi, yang paling menarik adalah aktiviti bungy jump dari pelantar minyak! Ini memberikan pengalaman yang benar-benar unik. Jika orang lain buat bungy jump di luar negara, berapa kerat je yang dah terjun bungy dari pelantar minyak? Tak ramai!

Hotel Unik Pertama Di Dunia, Hotel Ini Dari Pelantar Minyak Terbiar Di Sabah
Hotel Unik Pertama Di Dunia, Hotel Ini Dari Pelantar Minyak Terbiar Di Sabah. Kredit: Facebook

Jika anda inginkan kelainan di samping menikmati damainya laut serta jauh dari hiruk pikuk manusia, Seaventures Dive Rig Resort adalah jawapannya.

Disamping menawarkan aktiviti menarik bagi mereka yang gila menyelam scuba dan bilik yang selesa, makanan yang disediakan di hotel pelantar minyak ini juga semestinya sedap. Apatah lagi hidangan makanan lautnya masih fresh!

Bagi yang berminat untuk ke sini, hotel ini hanya boleh di akses dengan menaiki bot. Dan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke destinasi dari Seafest Jetty. Meskipun pelantar minyak ini mempunyai helipad (platform mendarat helikopter) tetapi ianya telah ditukar menjadi sundeck.

Buat anda yang ingin mencuba pengalaman menarik dan satu-satunya pengalaman hotel minyak pelantar di dunia, anda boleh melayari laman web mereka di SeaVenturesDive.com untuk maklumat lanjut.

Anda juga boleh lihat pakej yang ditawarkan di sini.

Oh ya! Khabarnya ini adalah hotel pelantar minyak di Sabah ini adalah yang pertama di dunia, kemudian diikuti oleh hotel pelantar minyak di Arab Saudi yang dijangka siap pada tahun 2025 nanti.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Ini Panduan Ringkas Dan 6 Aktiviti Menarik Untuk Pencinta Alam Di Beaufort Sabah
Mayat Disimpan Dalam Tempayan, Ini Adat Unik Kematian Kaum Murut Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bonnie Bunyau Buat Kejutan Lagi, Kali Ini Pecah Rekod Sukan Para Asia 2023
Next Article Dari Perkampungan Nelayan Ke Bandar Pelantar Minyak, Ini Sejarah Miri Yang Anda Perlu Tahu Dari Perkampungan Nelayan Ke Bandar Pelantar Minyak, Ini Sejarah Miri Yang Anda Perlu Tahu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?