• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

“Pengotor Mengalahkan Kera”, Gambar Hotel Kuarantin Di Sarawak Rosak Teruk Tular

Oleh
Ismail NA
8 Mei 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Masih Wujud Rupanya Orang Yang Tak Tahu Bersyukur.

“Pengotor Mengalahkan Kera”, Gambar Hotel Kuarantin Di Sarawak Rosak Teruk Tular. Rasanya pihak kerajaan serta agensi yang terlibat telah berusaha sedaya upaya dan melakukan yang terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia di kala musim PKP ini. Malah, rakyat yang pulang ke negeri masing-masing terutamanya di Sarawak akan dikuarantinkan di pusat kuarantin bertaraf 5 bintang. Ia bagi memastikan rakyat dapat tinggal dengan selesa semasa menjalani perintah kuarantin.

Namun, ibarat diberi susu dibalas tuba, sikap rakyat yang tidak bertanggungjawab ini sungguh mengecewakan. Kini, beberapa keping foto bilik hotel sebuah pusat kuarantin di Sarawak tular kerana ditinggalkan dalam keadaan rosak teruk dan menjijikkan. Foto ini sempat tersebar luas di laman sosial sebelum muat naik asal dipadam di laman Facebook.

Sudahlah diberi kemudahan mewah, begitu pula balasannya pada orang yang telah berbuat baik.

"Pengotor Mengalahkan Kera", Gambar Hotel Kuarantin Di Sarawak Rosak Teruk Tular

Bersepah Teruk, Barangan Rosak Dan Patah, Pelaku Belum Dapat Dikenal Pasti

Seperti yang anda semua sedia maklum, pusat kuarantin hotel di Sarawak ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak. Namun demikian, menerusi muat naik ini, keadaan hotel sangat teruk setelah didiami selama 2 minggu oleh individu yang dikuarantin. Pengotor dan tidak bersyukur, malah mengalahkan perangai kera, ujar si pemuat naik.

Individu yang melakukan kerosakan tersebut tidak dapat dikenal pasti sama ada rakyat Sarawak sendiri atau pun orang luar. Tambahnya lagi, orang Sarawak sememangnya pembersih dan agak bersopan santun. Pemuat naik ini juga memberikan andaian bahawa perbuatan ini mungkin dilakukan oleh golongan muda yang dikuarantin kerana kebanyakannya baru pulang dari IPT.

Namun, sesiapa sahaja boleh melakukan perkara ini jika mereka betul-betul tidak bertanggungjawab. Tidak kisah lah sama ada muda atau tua.

"Pengotor Mengalahkan Kera", Gambar Hotel Kuarantin Di Sarawak Rosak Teruk Tular
"Pengotor Mengalahkan Kera", Gambar Hotel Kuarantin Di Sarawak Rosak Teruk Tular
"Pengotor Mengalahkan Kera", Gambar Hotel Kuarantin Di Sarawak Rosak Teruk Tular
“Pengotor Mengalahkan Kera”, Gambar Hotel Kuarantin Di Sarawak Rosak Teruk Tular
"Pengotor Mengalahkan Kera", Gambar Hotel Kuarantin Di Sarawak Rosak Teruk Tular

Di laman sosial Twitter, gambar ini juga telah tular dan kini telah mendapat sebanyak 1.5K ulang kicau.

"Pengotor Mengalahkan Kera", Gambar Hotel Kuarantin Di Sarawak Rosak Teruk Tular
"Pengotor Mengalahkan Kera", Gambar Hotel Kuarantin Di Sarawak Rosak Teruk Tular

Seorang Individu Dikuarantin Di Hotel Bertindak Kurang Ajar Turut Tular

Dalam pada masa yang sama, seorang individu lelaki yang dikuarantin di sebuah hotel pula dikatakan bertindak kurang ajar terhadap petugas keselamatan di hotel terbabit. Melalui sebaran video yang tular, beliau seolah-olah mencabar petugas keselamatan dan ingkar arahan untuk sentiasa berada di bilik sepanjang tempoh kuarantin.

Namun, ia tidak dapat dipastikan sama ada individu ini mempunyai kaitan dengan kerosakan bilik hotel tersebut atau pun tidak.

https://twitter.com/IzwanHs/status/1258643829617385472

Menurut pengguna laman Twitter, individu tersebut dikatakan anak orang kepada orang berada dan pernah hilang di Bau, Sarawak suatu ketika dahulu dan dijumpai selepas 7 hari operasi mencari dan menyelamat.

Netizen Dakwa Kerosakan Dilakukan Dengan Sengaja, Cadang Pelaku Bayar Ganti Rugi

Rata-rata netizen pula geram dengan individu seperti ini dan mencadangkan agar nama mereka didedahkan. Bukan itu sahaja, mereka juga mahu individu tersebut membayar ganti rugi kerosakan yang dilakukan. Ada juga yang mendakwa bahawa perbuatan merosakkan bilik hotel tersebut seolah-olah dilakukan dengan sengaja kerana memberontak.

"Pengotor Mengalahkan Kera", Gambar Hotel Kuarantin Di Sarawak Rosak Teruk Tular
"Pengotor Mengalahkan Kera", Gambar Hotel Kuarantin Di Sarawak Rosak Teruk Tular

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, sesiapa sahaja yang telah diberikan kemudahan seperti ini haruslah bersyukur dan berterima kasih. Bukan sahaja kepada pihak hotel dan kerajaan, malah kepada petugas yang menjaga keselamatan dan kebajikan anda selama 24 jam tanpa henti.

Sikap rakyat seperti ini bukan sahaja menjejaskan nama baik negeri dan negara, malah membuatkan inisiatif sebegini pada masa akan datang terbantut gara-gara mentaliti rakyat yang sangat rendah.

Semoga pelaku kejadian ini tampil meminta maaf dan bertanggungjawab akan perbuatannya. Malah, diberi hukuman yang setimpal kerana tidak bersyukur dan tidak berterima kasih atas nikmat yang diberikan.

Bagi yang ingin pulang ke Sarawak pula, baca prosedur perjalanan pulang yang lengkap seperti yang dikongsikan lelaki ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sarawak Tambah Bantuan, Individu Bujang Dapat RM500 Secara On Off Kerajaan Sarawak Tambah Bantuan, Individu Bujang Dapat RM500 Secara One Off
Next Article Kerajaan Sarawak dan PETRONAS Capai Kata Sepakat, Bayar RM2 Billion Kepada Sarawak Kerajaan Sarawak dan PETRONAS Capai Kata Sepakat, Bayar RM2 Billion Kepada Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?