Kenyataan bersama dikeluarkan oleh Kerajaan Sarawak dan Petronas.
Kerajaan Sarawak dan PETRONAS Capai Kata Sepakat, Bayar RM2 Billion Kepada Sarawak. Kerajaan Sarawak dan Petronas hari ini mencapat kata sepakat dalam perundingan mengenai urusan minyak dan gas serta cukai jualan ke atas produk petroleum di Sarawak.
- Kenyataan bersama dikeluarkan oleh Kerajaan Sarawak dan Petronas.
- PETRONAS melalui anak-anak syarikatnya yang terlibat, akan membuat bayaran penuh
- Kerajaan Negeri Sarawak turut bersetuju bahawa cukai jualan akan terhad ke atas produk petroleum yang diperuntukkan di bawah Order 2018.
- Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Ada Berkongsi Mengapa 20 Peratus Royalti Minyak Tidak Dapat Dilaksanakan
Kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa pendekatan yang terbaik dalam mencapai penyelesaian bersama ialah melalui penyelesaian komersial bagi mewujudkan suasana perniagaan dan pelaburan yang lebih stabil.
Oleh itu, kedua dua pihak bersetuju untuk mengambil tindakan berikut :
1. PETRONAS bersetuju akan menarik balik rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak mengenai permohonan Semakan Kehakiman pada 13 Mac 2020.
2. Kerajaan Negeri Sarawak juga akan menggugurkan kesemua tuntutan di dalam kes sivil terhadap PETRONAS untuk bayaran cukai jualan ke atas produk petroleum
PETRONAS melalui anak-anak syarikatnya yang terlibat, akan membuat bayaran penuh
PETRONAS melalui anak-anak syarikatnya yang terlibat, akan membuat bayaran penuh ke atas cukai jualan yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak ke atas produk petroleum bagi tahun 2019 berjumlah RM2 bilion iaitu pada kadar lima peratus daripada nilai jualan produk tersebut.
Kerajaan Negeri Sarawak dan PETRONAS seterusnya bersetuju bahawa cukai jualan ke atas produk petroleum yang diperuntukkan di bawah State Sales Tax (Taxable Goods and Rate of Tax)(Amendment)(No. 2) Order, 2018 (“Order 2018”) dikenakan pada kadar yang lebih rendah secara bertempoh berdasarkan rundingan yang akan diadakan kelak.
Kerajaan Negeri Sarawak turut bersetuju bahawa cukai jualan akan terhad ke atas produk petroleum yang diperuntukkan di bawah Order 2018.
Namun begitu, kesemua surat cara dan perjanjian yang telah dipersetujui antara Kerajaan Negeri Sarawak dengan PETRONAS di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] masih sah dan berkuat kuasa.
Begitu juga, PETRONAS masih diiktiraf sebagai syarikat minyak negara yang mempunyai kuasa penuh dalam mengawal selia seluruh pembangunan industri minyak dan gas di negara ini, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pada itu, PETRONAS akan meneruskan rundingan dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membolehkan penglibatan kerajaan negeri yang lebih aktif di dalam peluang pelaburan di dalam industri minyak dan gas di negeri berkenaan berdasarkan terma komersial.
Ini termasuk peluang usaha sama di peringkat syarikat operasi di Sarawak.
Bagi memastikan pelaksanaan penyelesaian komersial berkenaan, YB Menteri Kanan Kerja Raya dan YB Menteri Kewangan telah dipertanggungjawabkan untuk mempengerusikan jawatankuasa bersama bagi tujuan ini.
