• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pengunjung Luar Tapau Sampai Berkotak-Kotak, Kek Butter Cheese Mita Di Sarawak Ini Jadi Kegilaan Ramai

Oleh
Husna Hazmi
17 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Butter Cheese Cake Mita memang sedap.

Pengunjung Luar Tapau Sampai Berkotak-Kotak, Kek Butter Cheese Mita Di Sarawak Ini Jadi Kegilaan Ramai. Selain daripada Kek Lapis, Ikan Terubok serta Pes Laksa Sarawak, tahukah anda terdapat satu lagi makanan sensasi dari Bumi Kenyalang ini yang ramai minati.

Kalau anda teka Kek Butter Cheese dari bakeri Mita CakeHouse, beri tepukan kepada diri anda kerana anda betul! Dari luar bakeri Mita CakeHouse lagi anda akan dapat menghidu aroma enak dari kek ini.

Pengunjung Luar Tapau Sampai Berkotak-Kotak, Kek Butter Cheese Mita Di Sarawak Ini Jadi Kegilaan Ramai
Pengunjung Luar Tapau Sampai Berkotak-Kotak, Kek Butter Cheese Mita Di Sarawak Ini Jadi Kegilaan Ramai. Sumber foto: FB Mita CakeHouse

Beropersi dari tahun 1987 lagi

Untuk pengetahuan, Mita CakeHouse merupakan salah satu bakeri legend yang terkenal di Sarawak dan telah beroperasi dari tahun 1987 lagi. Cawangan pertamanya terletak di Jalan Ban Hock Kuching dan sejak itu ia telah menjadi bakeri kegemaran penduduk tempatan di Sarawak.

Kini sudah menjadi trend jika pengunjung atau pelancong luar Sarawak terutamanya dari Semenanjung untuk membawa balik kek Butter Cheese dari Mita CakeHouse ini sebagai buah tangan.

Ada yang sampai bawa balik 10 kotak kek ini kerana katanya 1 sahaja itu tak cukup. Kek ini bukan sahaja digemari pengunjung serta pelancong luar, penduduk tempatan di Kuching ini sendiri juga memang gemar akan kek legend ini.

Pengunjung Luar Tapau Sampai Berkotak-Kotak, Kek Butter Cheese Mita Di Sarawak Ini Jadi Kegilaan Ramai
Sumber foto: FB Mita CakeHouse

Kombinasi kek Butter Cheese Mita dengan Kopi O panas atau Teh O panas

Kombinasi mantap Kek Butter Cheese dari Mita ini dihidangkan bersama Kopi O panas atau Teh O panas pasti akan membuat hari anda berasa lebih baik!

Baru-baru ini di TikTok, terdapat sebuah video yang tular dengan tontonan lebih 300K (setakat artikel ini ditulis) di mana seorang pengguna media sosial tersebut berkongsi rakaman Kek Butter Cheese Mita berkotak-kotak ditapau dalam pesawat penerbangan.

Pengunjung Luar Tapau Sampai Berkotak-Kotak, Kek Butter Cheese Mita Di Sarawak Ini Jadi Kegilaan Ramai
Gambar tangkap layar dari TikTok @syafhumilde

Perkara biasa tapau balik kek Mita berkotak-kotak

Dalam video berkenaan, pengguna TikTok tersebut berkata bahawa ini adalah perkara biasa kalau balik dari Kuching, Sarawak. Kek Butter Cheese Mita ini wajib dibawa balik kek ini, satu kotak memang tak cukup, tambahnya lagi.

Kalau anda belum lagi pernah menikmati keenakan kek Butter Cheese Mita ini, tunggu apa lagi, cepat dapatkan kek anda di Mita CakeHouse sekarang!

Ketahui bakeri legend serta port shopping kek lapis yang best di Kuching:

https://www.iloveborneo.my/minat-pastri-kenali-4-bakeri-legend-di-kuching-sarawak/
Kedai Kek Lapis Warisan Ini Jadi Syurga ‘Shopping’ Pelbagai Jenis Kek Lapis Di Kuching
SUMBER :FB Mita CakeHouse
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jom Breakfast! Kafe Bask Bear Pertama Di Sarawak Kini Dibuka Di Summermall Jom Breakfast! Kafe Bask Bear Pertama Di Sarawak Kini Dibuka Di Summermall
Next Article Selepas YDP Agong, Kini Abang Jo Pula Mahu Pandu Sendiri Ke Baram Selepas YDP Agong, Kini Abang Jo Pula Mahu Pandu Sendiri Ke Baram

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?