I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Kedai Kek Lapis Warisan Ini Jadi Syurga ‘Shopping’ Pelbagai Jenis Kek Lapis Di Kuching

Oleh Husna Hazmi
27 November 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Rambang mata lihat kek lapis yang dijual di sini!

Kedai Kek Lapis Warisan Ini Jadi Syurga ‘Shopping’ Pelbagai Jenis Kek Lapis Di Kuching. Merupakan salah satu buah tangan wajib yang dibawa balik jika singgah ke Sarawak, kek lapis adalah ikon negeri Sarawak dan menjadi hidangan istimewa rakyat di sini terutamanya pada sambutan hari lebaran.

Isi Isi Penting
Beli belah kek lapis di KuchingPilihan utama para pelancong serta orang lokalLebih 30 jenis kek lapis istimewa yang ditawarkan di siniPes Laksa, Linut Instant, Tebaloi dan Ikan Terubok pun ada!

Begitu juga dengan orang luar yang singgah ke Bumi Kenyalang ini, tak akan sah percutian ke Sarawak jika anda tidak membawa pulang sekurang-kurangnya satu kek lapis ikonik di negeri ini kan?

Kedai Kek Lapis Warisan Ini Jadi Syurga 'Shopping' Pelbagai Jenis Kek Lapis Di Kuching
Kredit foto: FB Kek Lapis Warisan

Beli belah kek lapis di Kuching

Untuk artikel kali ini, kami ingin memperkenalkan anda satu tempat di mana anda boleh beli belah kek lapis Sarawak yang dijamin sedap di Bandaraya Gastronomi, Kuching! Pada mulanya, penulis sendiri tidak mengetahui kewujudan tempat ini walaupun membesar di Kuching, namun pihak Tourism Malaysia Sarawak dan Tourism Malaysia telah memperkenalkan dengan para media, termasuk I Love Borneo mengenai kedai Kek Lapis Warisan Ini.

Kedai Kek Lapis Warisan Ini Jadi Syurga 'Shopping' Pelbagai Jenis Kek Lapis Di Kuching
Kredit gambar: I Love Borneo
Kedai Kek Lapis Warisan Ini Jadi Syurga 'Shopping' Pelbagai Jenis Kek Lapis Di Kuching
Kredit gambar: I Love Borneo

Pilihan utama para pelancong serta orang lokal

Bermula pada tahun 2018, Kek Lapis Warisan kini menjadi salah satu pilihan utama para pelancong dan juga orang lokal jika ingin membeli kek lapis premium yang dijamin enak. Istimewanya kek lapis di sini adalah anda boleh melihat sendiri pembuatannya segar di hadapan anda.

Bukan mudah untuk menghasilkan kek lapis enak, berkualiti dengan rasa yang consistent. Penghasilannya memerlukan kemahiran tinggi dan juga bahan pembuatan kek lapis yang premium. Demikian adalah konsep Kek Lapis Warisan untuk menjamin kualiti terbaik kek lapis mereka kepada para pembeli.

Kedai Kek Lapis Warisan Ini Jadi Syurga 'Shopping' Pelbagai Jenis Kek Lapis Di Kuching
Kredit gambar: I Love Borneo
Kedai Kek Lapis Warisan Ini Jadi Syurga 'Shopping' Pelbagai Jenis Kek Lapis Di Kuching
Kredit gambar: I Love Borneo

Lebih 30 jenis kek lapis istimewa yang ditawarkan di sini

Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu All Time Favorite, Super Premium dan Premium, terdapat lebih 30 jenis kek lapis menanti anda di sini. Perbezaan tiga bahagian kek lapis di sini adalah penggunaan mentega (termasuk bahan lain-lain) yang digunakan dan juga harganya.

Untuk All Time Favorite, kek lapis yang ditawarkan adalah Pandan Cheese, Oreo Cheese, Evergreen, Masam Manis, Durian, Choc Chip, Gula Apong dan banyak lagi.

Kek Lapis Premium pula ada 6 jenis iaitu, Belacan, Lumut, Prune, Idola, Original dan Masam Manis (P). Untuk Kek Lapis Super Premium di mana kami sangat recommend untuk anda cuba, terdapat 8 jenis iaitu Hati Pari, Cadbury, 3 Serangkai, Cheezy Oreo, Almond Cheese, Cappucino Cheese, Choc Cheese dan Lumut Cheese.

Terdapat sample kek lapis untuk dicuba oleh para pembeli di mana anda akan berpeluang merasai keistimewaan dan keunikan setiap jenis kek lapis di sini.

Kedai Kek Lapis Warisan Ini Jadi Syurga 'Shopping' Pelbagai Jenis Kek Lapis Di Kuching
Kredit gambar: I Love Borneo

Pes Laksa, Linut Instant, Tebaloi dan Ikan Terubok pun ada!

Selain daripada kek lapis, ada banyak lagi buah tangan dari Sarawak yang anda boleh dapatkan di sini antaranya, Pes Laksa Sarawak, Tebaloi, Linut Instant, pelbagai jenis biskut menarik, dan juga kraftangan khas dari Sarawak.

Di bahagian luar kedai kek Lapis Warisan pula, terdapat sebuah stall yang menjual Ikan Terubok Masin segar yang juga sesuai untuk dibawa balik sebagai buah tangan dari Sarawak.

Jadi tunggu apa lagi, mari singgah ke Kedai Kek Lapis Warisan di No 24, Lot 149, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching ini untuk bawa balik pelbagai jenis kek lapis Sarawak yang dijamin sedap!

Baca di sini untuk mengetahui port makan best di Kuching:

https://www.iloveborneo.my/port-makan-kegemaran-lokal-madam-tang-sediakan-variasi-makanan-enak-untuk-anda/
https://www.iloveborneo.my/restoran-dapur-melanau-di-metrocity-ini-menyajikan-menu-asli-kaum-melanau-di-kuching/
SUMBER :FB Kek Lapis Warisan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Port Terbaru Untuk Kaki Foto, Anda Wajib Serbu Muzium Selfie Pertama Di Kuching Ini Port Terbaru Untuk Kaki Foto, Anda Wajib Serbu Muzium Selfie Pertama Di Kuching Ini
Next Article Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Landa Beberapa Tempat Di Sabah Dan Sarawak Malam Ini Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Landa Beberapa Tempat Di Sabah Dan Sarawak Malam Ini

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?