• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pengunjung Terkejut Meja Dan Kerusi Kena Caj RM20 Di Pantai Tanjung Aru Sabah

Oleh
Farisha
30 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Bayaran RM20 untuk nikmati matahari terbenam di Pantai Tanjung Aru

Pengunjung Terkejut Meja Dan Kerusi Kena Caj RM20 Di Pantai Tanjung Aru Sabah. Pantai seharusnya menjadi tempat orang ramai mencari ketenangan dan beriadah bersama keluarga. Baru-baru ini, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran sewa untuk kemudahan awam yang disediakan di kawasan pantai.

Satu hantaran tular di TikTok menunjukkan seseorang meletakkan harga bagi meja yang disediakan di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Harga yang dikenakan berbeza-beza, antara RM15 hingga RM20, bergantung kepada saiz meja dan kerusi.

Pengunjung Terkejut Meja Dan Kerusi Kena Caj RM20 Di Pantai Tanjung Aru Sabah
Pengunjung Terkejut Meja Dan Kerusi Kena Caj RM20 Di Pantai Tanjung Aru Sabah

Difahamkan bahawa lokasi tersebut merupakan tempat terbaik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.

“No komen. Nak tengok sunset kan? Kenalah berkorban sikit,” tulis kapsyen oleh pemilik video di laman TikTok.

Video itu menunjukkan sesetengah pengunjung lebih suka duduk di atas pasir berbanding menggunakan meja dan kerusi yang disediakan. Akibatnya, tempat duduk tersebut masih kosong walaupun ramai orang berada di situ.

@murmur_travel_n_tour

No komen. nak tgok sunset kan. kena la berkorban sikit #fyp #tgaru #tanjungarubeach #beach #sunset

♬ suara asli – infoinnostalgia – infoinnostalgia

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen yang terkejut dengan harga yang dikenakan dan menganggapnya tidak munasabah. Walau bagaimanapun, ada yang mendakwa kawasan itu adalah tanah persendirian, jadi pemilik berhak mengenakan bayaran sedemikian.

Selain itu, ada pengunjung yang pernah ke sana berkongsi pengalaman mereka dikenakan bayaran, dan ada yang mendakwa harga telah dinaikkan dua kali ganda berbanding sebelum ini.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Karpet Bertompok, Pelancong Dari Singapura Terkejut Lihat Keadaan Bilik Hotel Di Kuching
Lelaki Ini Terkejut Darah Bertukar Hijau Akibat Minum Alkohol Berlebihan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isu Perbezaan Saiz Badan, Ibu Bapa Gesa Penganjur Futsal Check Usia Sebenar Pemain Di Sabah
Next Article Penutupan Sebahagian Jalan BDC Mulai 30 Ogos Hingga 10 September Penutupan Sebahagian Jalan BDC Mulai 30 Ogos Hingga 10 September

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?