• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Peniaga Di Mukah Yang Menetapkan Syarat Pembelian Telur Akan Dikenakan Denda

Oleh
Husna Hazmi
8 Februari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Jangan buat pembelian panik telur tau!

Peniaga Di Mukah Yang Menetapkan Syarat Pembelian Telur Akan Dikenakan Denda. Dipetik daripada Utusan Borneo, peniaga yang menetapkan syarat pembelian, selain mengehadkan jumlah pembelian untuk telur bakal berdepan dengan tindakan.

Peniaga Di Mukah Yang Menetapkan Syarat Pembelian Telur Akan Dikenakan Denda
Peniaga Di Mukah Yang Menetapkan Syarat Pembelian Telur Akan Dikenakan Denda

Syarat mengehadkan pembelian dibolehkan

Menurut Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mukah Salihin Den, syarat mengehadkan pembelian dibolehkan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan bekalan telur yang secukupnya.

“Pihak kami tiada halangan sekiranya supermarket hadkan jualan untuk seorang tetapi kita akan mengambil tindakan yang tegas sekiranya mereka (peniaga) menetapkan syarat pembelian, contohnya mesti buat pembelian RM100 baharu dapat membeli telur,” kata beliau.

Dalam masa yang sama, Salihin juga turut berharap agar pengguna tidak membuat pembelian panik kerana bekalan telur ayam akan sentiasa ada dan cukup bagi menampung keperluan di Mukah.

Peniaga Di Mukah Yang Menetapkan Syarat Pembelian Telur Akan Dikenakan Denda

Bekalan telur untuk daerah Mukah adalah mencukupi

Pembekal-pembekal utama juga telah memberikan jaminan bahawa bekalan telur untuk daerah Mukah adalah mencukupi. Oleh itu, orang ramai tidak perlu khuatir dan terpengaruh dengan isu-isu kehabisan telur di tempat lain.

Salihin memberitahu bahawa pihaknya akan sentiasa ada di lapangan bagi memastikan barang keperluan asas buat orang ramai adalah mencukupi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nak Barang IKEA? Jom Ke MR IKEA Kuching Untuk Dapatkan Pelbagai Jenis Perabot IKEA! Nak Barang IKEA? Jom Ke MR IKEA Kuching Untuk Dapatkan Pelbagai Jenis Perabot IKEA!
Next Article Buka Bulan Mac! Borneo Cultures Museum Akhirnya Beri Petunjuk Pembukaan Rasmi Dalam Bentuk Definisi Kamus

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?