• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Peniaga Ditipu, Pelanggan Beri Duit Palsu Di Bazar Emart Matang

Oleh
ILB - AI
3 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Peniaga mencari rezeki yang halal, malah ditipu oleh pelanggan

Peniaga Ditipu, Pelanggan Beri Duit Palsu Di Bazar Emart Matang. Ramadan bukan sahaja bulan yang penuh dengan keberkatan, malah bulan ini juga dibuka seluas-luasnya pintu rezeki khususnya kepada peniaga di bazar Ramadan.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang peniaga memuat naik satu hantaran mengenai pelanggan melakukan penipuan dengan membeli makanan menggunakan wang palsu di bazar Emart Matang.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook itu, dia menunjukkan duit palsu yang dibayar oleh pelanggan berkenaan bernilai RM50. Kemungkinan kesibukan dan ramai pelanggan yang membeli, dia tidak perasan wang itu palsu semasa pembayaran.

Peniaga Ditipu, Pelanggan Beri Duit Palsu Di Bazar Emart Matang
Sumber: Facebook

Nasihat kepada semua peniaga supaya berhati-hati selepas ini dengan duit palsu

“Minta tolong kepada semua peniaga di bazar ramadahn, terutamanya bila dalam keadaan yang sibuk dan ramai pelanggan, sila check duit pelanggan yang membayar sama ada palsu atau pun tidak,” ujarnya yang menjadi mangsa duit palsu si pembeli.

Namun, disebabkan terdapat CCTV di kawasan itu, dia dengan mudah mengenal pasti pasti siapa pembeli atau pelanggan yang memberikan wang palsu itu.

“Kepada si pembeli, tempat kami berjual di bawah pengawasan CCTV dan saya tahu siapa kamu,” tulisnya lagi dengan nada yang kecewa kerana pelanggan sanggup berbuat demikian di bulan Ramadan.

Peniaga Ditipu, Pelanggan Beri Duit Palsu Di Bazar Emart Matang
Sumber: Facebook

Netizen turut bersimpati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati atas dugaan yang menimpa peniaga tersebut, malah mengatakan tujuan peniaga mencari rezeki yang halal, malah ditipu dengan duit palsu.

Segelintir netizen juga menyatakan individu tersebut sanggup berbuat perbuatan keji itu di bulan yang mulia ini.

Baca juga kisah yang berkaitan:

Lambakan Bazar Di Kuching, Peniaga PCC Demak Sedih Bazar ‘Hambar’ Tanpa Pengunjung
Pandangan Wanita Ini Mengenai Makanan Bazar Tak Laku, Mungkin Cara Jualan Tak Menarik?
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sanggup Bangun Awal Masak Sahur Buat Cucu, 'Inik' Dari Sibu Ini Buat Netizen Kagum Sanggup Bangun Awal Masak Sahur Buat Cucu, ‘Inik’ Dari Sibu Ini Buat Netizen Kagum
Next Article 'Ramai Yang Nak Jadi Organizer', Netizen Pertikai Bazaar Ramadan Terlalu Banyak Di Kuching ‘Ramai Yang Nak Jadi Organizer’, Netizen Pertikai Bazaar Ramadan Terlalu Banyak Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?