• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penjara Sibu Melebihi Kapasiti, Terlebih 171 Banduan

Oleh
Husna Hazmi
17 November 2024
Kongsi
1 Min Bacaan

Penjara Sibu kini menempatkan 621 Banduan

Penjara Sibu Melebihi Kapasiti, Terlebih 171 Banduan. Dilaporkan, penjara Sibu kini melebihi kapasiti rasminya yang ditetapkan di mana ia boleh memuatkan seramai 450 banduan, menurut Pegawai Psikologi Penjara, Azrol Adenan.

Menurut beliau, berdasarkan statistik kemasukan, terdapat 621 banduan setakat 24 Oktober tahun ini.

Penjara Sibu Melebihi Kapasiti, Terlebih 171 Banduan
Penjara Sibu Melebihi Kapasiti, Terlebih 171 Banduan. Sumber foto: LiveLaw

Beliau berkongsi maklumat ini semasa pembentangannya pada acara Hari Inovasi, Integriti, dan Bertemu Pelanggan anjuran Majlis Perbandaran Sibu (SMC) yang diadakan di Wisma Sanyan hari ini.

Azrol, salah seorang daripada dua penceramah jemputan pada acara tersebut, turut menekankan pelbagai program latihan kemahiran yang disediakan untuk banduan. Program ini bertujuan membantu mereka berdikari selepas dibebaskan.

Antara program yang ditawarkan termasuk pembuatan pastri, pertukangan kayu, menjahit, berkebun, dan bengkel batik.

Penjara Sibu Melebihi Kapasiti, Terlebih 171 Banduan
Sumber foto: Utusan Borneo

Penceramah jemputan lain ialah Noraini Abu Bakar dari Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (Unions).

Acara tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (SMC), Clarence Ting.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi SMC, Mohammed Abdullah Izkandar Roseley, dan Setiausaha SMC, Yong Ing Chu.

Lagi artikel menarik untuk anda di sini:

Berkelakuan Mencurigakan Di Kawasan Sebuah Universiti, Dua Lelaki Dicekup Polis Di Samarahan
S Pay Global Kini Menyokong Fungsi Duit Now QR
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Sebab Kenapa Alus Manis, Manisan Tradisional Sarawak Ini Popular Sekarang Ini Sebab Kenapa Alus Manis, Manisan Tradisional Sarawak Ini Popular Sekarang
Next Article Penemuan Baru Hanya Di Sabah Sarawak, Semenanjung Malaysia Semakin Berkurangan Sumber Minyak Dan Gas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?