• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pensyarah UiTM Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Komputer Terima Kecaman Netizen

Oleh
Husna Hazmi
30 Mac 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Pensyarah sepatutnya memberi dorongan kepada pelajar, bukan memperlekehkan mereka!

Pensyarah UiTM Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Komputer Terima Kecaman Netizen. Lewat malam semalam, terdapat sebuah perkongsian tular di Twitter rakaman seorang pensyarah dari IPTA terkenal di Malaysia sanggup menghina pelajar yang hadir ke kelasnya tidak menggunakan komputer.

Pensyarah UiTM Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Komputer Terima Kecaman Netizen
Pensyarah UiTM Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Komputer Terima Kecaman Netizen

Pensyarah tersebut menanyakan soalan bertubi-tubi ke atas pelajar tersebut

“Kau pakai apa? Kau pakai fon eh? Mana kau punya komputer? Kau tinggal kat mana? Bapak kau kerja apa?” soal pensyarah itu bertubi-tubi ke atas pelajar tersebut.

Pelajar lelaki tersebut lalu menjawab bahawa dia menetap di Seremban, Negeri Sembilan, bapanya pula tidak bekerja dan ibunya pula sudah tiada.

I bukan student UITM tapi bila i tengok video rasa sakit hati gila. Kenapa seorang pensyarah boleh merendahkan anak murid dia sendiri. Bukan salah mereka untuk jadi susah. Lebih baik menolong dari pada mencaci.

Mungkin jugak dia tengah tunggu free laptop yang dijanjikan dulu…. pic.twitter.com/YSsSDVfofS

— HAKAK CREAM PUFF (@athirahridwan4) March 29, 2022

“Mak kau dah tak tak ada, bapak kau tak kerja? Kau takda adik beradik? Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual gelang emas dan pergi beli komputer.

“Aku cakap dengan kamu. Kalau kau ada kakak ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas, pergi beli komputer.

“Patut kau tak boleh belajar dengan baik, disebabkan kau tiada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau Excel, pasal itu kau akan menjadi drop out student. Semester lima kau tak ada komputer,” tambahnya lagi.

“Aku sanggup tak ada pakaian, aku ada lima helai je pakaian, the most important the computer, is very very important, for me. Hanya RM800 saja beli komputer.

“Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran. Ok kelas, kau tutup kamera kau tu, aku taknak tengok lagi dah,” hina pensyarah itu lagi dengan muka yang angkuh!

Kenyataan Media – Untuk Siaran Segera: Prof. Dr. Ts. Roshana Takim Harus Dikenakan Tindakan Tatatertib#MahasiswaKEADILAN pic.twitter.com/mBliG81Tr7

— Mahasiswa KEADILAN Malaysia (@msiswakeadilan) March 29, 2022

Pensyarah tersebut tiada rasa simpati

Menerusi rakaman yang dikongsikan oleh akaun Twitter itu seterusnya mendapat pelbagai reaksi dan kecaman daripada warganet yang tidak berpuas hati dengan hinaan pensyarah terhadap pelajar tersebut.

Tindakan pensyarah tersebut yang tiada rasa simpati itu turut mendapat perhatian daripada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (MPP UiTM) yang tidak bersetuju dengan contoh yang diberikan pensyarah tersebut serta mahu tindakan dan siasatan yang sewajarnya diambil daripada pihak pengurusan tertinggi Universiti.

Dalam masa yang sama, terdapat juga pihak yang ingin bantu menyumbang pelajar tersebut komputer riba agar dia boleh menghadiri kelas pembelajaran menerusi Googke Meet dengan lebih selesa. Namun menerusi komen-komen di Twitter, mereka mengatakan pelajar tersebut sudah tamat melanjutkan pelanjarannya dan waktu rakaman tersebut belum lagi dapat dipastikan bila.

Diharapkan isu ini boleh diselesaikan dengan cara baik dan diharapkan agar kita semua mengambil pengajaran agar tidak melakukan atau mengatakan sesuatu yang boleh menimbulkan sensitiviti terhadap orang lain.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui Kod Dan Dokumen Sokongan Yang Diperlukan, Permohonan Rayuan BKM Dibuka 2 Mei Ini Ketahui Kod Dan Dokumen Sokongan Yang Diperlukan, Permohonan Rayuan BKM 2022 Dibuka 2 Mei Ini
Next Article Kontinjen Sarawak Akan ‘Berjuang’ Dalam 31 Acara SUKMA KL 2022 September Depan Kontinjen Sarawak Akan Berjuang Dalam 31 Acara SUKMA KL 2022 September Depan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?