• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kontinjen Sarawak Akan Berjuang Dalam 31 Acara SUKMA KL 2022 September Depan

Oleh
ILB - AI
30 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Kontinjen Sarawak Akan ‘Berjuang’ Dalam 31 Acara SUKMA KL 2022 September Depan

Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2022 akan diadakan mulai 29 September hingga 8 Oktober tahun ini

Kontinjen Sarawak Akan Berjuang Dalam 31 Acara SUKMA KL 2022 September Depan. Dilaporkan kontijen Sarawak akan bertanding untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) – yang akan diadakan Kuala Lumpur – bermula pada September depan.

Malah, kontijen Sarawak akan menyertai semua 31 acara sukan yang akan dipertandingkan, antaranya badminton, bola sepak, hoki dan sebagainya.

Kontinjen Sarawak Akan Berjuang Dalam 31 Acara SUKMA KL 2022 September Depan

16 daripada acara tersebut adalah sukan wajib

Menurut laporan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), iaitu Semawi Mohamad, menyatakan bahawa pengumuman rasmi acara sukan yang akan dipertandingkan pada SUKMA KL 2022 telah diumumkan oleh pihak Majlis Sukan Negara pada minggu lepas.

31 acara telah disahkan disertai oleh kontinjen Sarawak, dengan 16 daripadanya adalah sukan wajib. 16 sukan tersebut adalah sukan akuatik, badminton, berbasikal, bola sepak, gimnastik/gimrama, hoki, karate, boling padang, memanah, menembak, olahraga, pelayaran, pencak silat, skuasy, boling tenpin dan wushu.

Semawi Mohamad (kiri) meninjau persiapan skuad memanah Sarawak. Ia dilaporkan pada bulan lepas bahawa seramai 325 atlet akan mewakili Sarawak untuk temasya SUKMA KL. Kredit foto: Berita Harian

15 lagi sukan yang tidak tersenarai di atas adalah sukan pilihan dan terdiri daripada acara angkat berat, muay, ragbi, sepak takraw, tinju, bola jaring, bola keranjang, gold, E-Sport, bola tampar, kriket, judo, kayak, tenis dan petanque.

Kejohanan SUKMA KL telah ditetapkan bermula 29 September hingga 8 Oktober ini.

Kami mendoakan yang terbaik kepada kontigen Sarawak dalam latihan dan persiapan mereka serta berharap mereka melakukan yang terbaik untuk kejohanan SUKMA KL 2022!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pensyarah UiTM Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Komputer Terima Kecaman Netizen
Next Article Pensyarah Tular Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Komputer, UiTM Bakal Ambil Tindakan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?