• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pensyarah UiTM Kota Samarahan Ini Menjadi Usahawan Linut Segera Pertama Di Malaysia

Oleh
Husna Hazmi
1 Disember 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Kini kita semua boleh menikmati linut pada bila-bila masa!

Pensyarah UiTM Kota Samarahan Ini Menjadi Usahawan Linut Segera Pertama Di Malaysia. Di Sarawak, hidangan tradisi yang istimewa ini digelar linut, di Sabah dan Brunei pula ia digelar sebagai Ambuyat manakala di Indonesia ia digelar sebagai papeda. Linut diperbuat daripada tepung sagu atau lemantak dan biasanya dimakan bersama sambal belacan.

Isi Isi Penting
  • Kini kita semua boleh menikmati linut pada bila-bila masa!
  • Pensyarah UiTM, Dr Siti Mardinah Abdul Hamid menghasilkan linut segera
  • Rintangan dihadapi dalam perniagaan linut segera
  • Beliau sememangnya menyimpan hasrat untuk membuka perniagaannya dengan lebih luas lagi
Pensyarah UiTM Kota Samarahan Ini Menjadi Usahawan Linut Segera Pertama Di Malaysia
Pensyarah UiTM Kota Samarahan Ini Menjadi Usahawan Linut Segera Pertama Di Malaysia. Kredit gambar: sanasinisinun

Pensyarah UiTM, Dr Siti Mardinah Abdul Hamid menghasilkan linut segera

Proses pembuatan linut ini agak memakan masa dan ianya memerlukan teknik yang betul agar consistency linut itu tidak berketul atau terlalu cair. Hal ini mencetuskan idea yang bernas kepada seorang pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kota Samarahan, Dr Siti Mardinah Abdul Hamid untuk menghasilkan makanan popular di Pulau Borneo ini dalam bentuk segera.

Pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM itu berkata, ianya bukanlah mudah bagi dirinya untuk memasarkan produk tersebut, lebih-lebih lagi ianya sesuatu yang baharu. Namun, adanya bantuan daripada Centexs Comercial Media (CCM), beliau kini mampu mengeluarkan sehingga 1,000 paket linut segera dalam masa satu bulan.

Pensyarah UiTM Kota Samarahan Ini Menjadi Usahawan Linut Segera Pertama Di Malaysia
Kredit gambar: BERNAMA

Rintangan dihadapi dalam perniagaan linut segera

Beliau juga turut berkata bahawa sebelum perniagaannya berkenalan dan mengenali secara lanjut mengenai CCM, adalah amat mencabar bagi perniagaannya untuk dikenali orang ramai. Kini, ramai yang sudah mengenali kewujuduan produk ini dan juga tempahan yang diterima adalah amat memberansangkan!

Centexs Comercial Media (CCM) merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan kerajaan negeri bagi membantu usahawan tempatan Sarawak untuk memasarkan produk warisan mereka. CCM membantu dari segi pemasaran, pembungkusan dan juga reka bentuk jenama.

Menurut Dr Siti Mardinah Abdul Hamid, sebelum produk linut segera jualannya itu mendapat nama Laris’S Linut Segera, beliau memulakan pembuatan linut ini sebagai hobi sahaja dan hanya menjualnya di Pasar Satok, Kuching.

Pensyarah UiTM Kota Samarahan Ini Menjadi Usahawan Linut Segera Pertama Di Malaysia
Kredit gambar: sanasinisinun

Beliau sememangnya menyimpan hasrat untuk membuka perniagaannya dengan lebih luas lagi

Saya telah membuat kajian sejak tahun 2013 lagi bagi menghasilkan linut segera supaya ia dapat dinikmati sesiapa sahaja pada bila-bila masa, apa yang diperlukan adalah hanya air panas sahaja!

“CCM membantu dari segi pemasaran, sebab pemasaran mereka lebih kukuh dan menjangkau pelanggan yang lebih ramai.

“Kini, saya dapat keluarkan produk ini dalam skala besar sebab dah ada pasaran,” jelas beliau lagi.

Walaupun perniagaan beliau kini masih beroperasi di rumah, beliau berharap dengan bantuan CCM, permintaan produk ini akan bertambah sehingga ianya mampu membuka kilang sendiri bagi meningkatkan lagi jumlah pengeluaran buat pasaran di luar Sarawak dan seterusnya di peringkat antarabangsa.

Setakat ini, produk beliau boleh didapati melalui pusat-pusat jualan CCM di seluruh Sarawak secara fizikal atau dalam talian melalui platform e-dagang seperti Grabmart atau Pandamart.

Diharapkan agar produk ini boleh didapati dengan lebih banyak lagi bukan sahaja di Sarawak malah di Malaysia dan antarabangsa!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suara Unik Dan Lunak Mirip Jaclyn Victor, Anak Sarawak Ini Menarik Perhatian Netizen Di Tiktok Suara Unik Dan Lunak Mirip Jaclyn Victor, Anak Sarawak Ini Menarik Perhatian Netizen Di Tiktok
Next Article Hanya 15 Minit Menggunakan Bot, Ulu Bengoh Dam Hiking Trail Sesuai Untuk Beginner Hanya 15 Minit Menggunakan Bot, Ulu Bengoh Dam Hiking Trail Sesuai Untuk Beginner

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?