I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Suara Unik Dan Lunak Mirip Jaclyn Victor, Anak Sarawak Ini Menarik Perhatian Netizen Di Tiktok
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Suara Unik Dan Lunak Mirip Jaclyn Victor, Anak Sarawak Ini Menarik Perhatian Netizen Di Tiktok

Oleh Nazihah Ahmad Napis
Dikirim pada 01/12/21 2:30 PM
Kongsi
3 Min Bacaan
Suara Unik Dan Lunak Mirip Jaclyn Victor, Anak Sarawak Ini Menarik Perhatian Netizen Di Tiktok
Kongsi

“Sekali dengar macam suara Jaclyn Victor pon ade!” -netizen

Suara Unik Dan Lunak Mirip Jaclyn Victor, Anak Sarawak Ini Menarik Perhatian Netizen Di Tiktok. Siapa je yang tak cair bila dengar suara yang unik, soft, serak basah lagi-lagi kalau dia menyanyi. Gadis ini menjadi viral sehingga mendapat perhatian ramai setelah dia memuat naik video nyanyian cover lagu Asmara di Tiktok.

Dipetik dari mStar, Roziena Ixzy, juga pemegang akaun tiktok Roxyixzy telah membuat satu cover lagu Asmara dari Datuk Fazley Yaakob hanya untuk suka-suka di Tiktok, Roziena atau Roxy tidak menyangka bahawa videonya bakal tular sehingga masuk For You Page (FYP).

@roxyixzy

Omg I love this song. A legendary song! Periodt @fazleyyaakob

♬ original sound – roxyixzy

Gadis Kuching berketurunan Bidayuh dan Melanau

Video berdurasi 47 saat telah berjaya meraih sebanyak 69.8k tontonan di Tiktok, dan 6k tontonan di Instagram. Selain lagu Asmara, Roxy juga minat untuk membuat cover lagu-lagu K-pop. Sebelumnya, dia juga pernah cover lagu Taeyang dan Leehi yang juga mendapat views yang tinggi di aplikasi Tiktok.

Gadis Kuching berketurunan Bidayuh dan Melanau ini berkata kepada pihak media mStar bahawa dia sememangnya minat untuk menyanyi sejak dia kecil lagi, lebih-lebih lagi bapanya yang merupakan seorang penyanyi tempatan yang terkenal di antara masyarakat tempatan.

Suara Unik Dan Lunak Mirip Jaclyn Victor, Anak Sarawak Ini Menarik Perhatian Netizen Di Tiktok
Sumber gambar: FB Roxy Ixzy

Roxy juga merupakan pelajar Unimas

Untuk pengetahuan anda, Roxy dan sahabatnya pernah menyertai pertandingan nyanyian di Unimas dan berjaya merangkul gelaran juara pada tahun 2019, wahh bukan kaleng-kaleng yaa!

“Sewaktu Unimas anjur festival kesenian pada 2019, saya dan rakan masuk pertandingan dan menyanyi lagu Bidayuh. Syukur kami raih gelaran johan. Itulah antara kenangan manis saya.” tambah Roxy

Selain mempunyai suara yang lunak, wanita ini juga mempunyai kebolehan memetik gitar. Dan apa yang menariknya, Roxy hanya belajar memetik gitar hanya dari Youtube, buku dan turut diajar oleh ayahnya.

“Saya tak ikuti kelas vokal atau kelas muzik secara formal. Saya belajar petik gitar sendiri dengan merujuk buku, bapa dan juga YouTube.”

Selain meraih jumlah tontonan yang tinggi, Roxy juga tidak menyangka bahawa ramai yang memberi sokongan positif di ruang komen Tiktok. Tidak hanya itu, Ibu bapa Roxy yang turut meminati bidang nyanyian turut menjadi pendorong utama untuk dirinya melangkah kehadapan.

Antara komen netizen-netizen:

Suara Unik Dan Lunak Mirip Jaclyn Victor, Anak Sarawak Ini Menarik Perhatian Netizen Di Tiktok
Suara Unik Dan Lunak Mirip Jaclyn Victor, Anak Sarawak Ini Menarik Perhatian Netizen Di Tiktok
Suara Unik Dan Lunak Mirip Jaclyn Victor, Anak Sarawak Ini Menarik Perhatian Netizen Di Tiktok

Memang ramai anak-anak Sarawak yang talented! Nak tahu lagi? Lagi pautan di bawah ialah anak-anak Sarawak yang telah berjaya mengharumkan nama Sarawak atas bakat dalam bidang nyanyiannya:

Nazihah Ahmad Napis 1 Disember 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ingin Membuang Barang Dari Rumah Tapi Tiada Siapa Sudi Membeli? Sumbangkan Kepada Group FB Ini Ingin Membuang Barang Dari Rumah Tapi Tiada Siapa Sudi Membeli? Sumbangkan Kepada Group FB Ini
Next Article Pensyarah UiTM Kota Samarahan Ini Menjadi Usahawan Linut Segera Pertama Di Malaysia

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

"Apa Guna Letak Hon Kalau Tak Berani Pakai?" Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri
Cerita Borneo

‘Apa Guna Hon Kalau Tak Berani Pakai?’ Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri

29 Jun 2022
6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang
Cerita Borneo

Ketahui 6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang

29 Jun 2022
Cerita Borneo

Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching

29 Jun 2022
Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen
Cerita Borneo

Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen

29 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?