• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penuh Perkakas ‘Gamers’, Sebut Harga Masjid Di Miri Ini Jadi Kemusykilan Netizen

Oleh
Ismail NA
8 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Biar betul barangan elektronik untuk masjid bernilai hampir RM 20,000?

Penuh Perkakas ‘Gamers’, Sebut Harga Masjid Di Miri Ini Jadi Kemusykilan Netizen. Tidak dinafikan, di zaman digitalisasi ini, sesiapa sahaja memerlukan perkakas elektronik yang sebaiknya untuk berkomunikasi dengan efektif. Begitu juga dengan institusi keagamaan, yang mana aktiviti dakwah dan pengimarahan pastinya perlukan sesuatu yang segar dan moden.

Isi Isi Penting
  • Biar betul barangan elektronik untuk masjid bernilai hampir RM 20,000?
  • Sebut harga untuk masjid yang dipenuhi perkakas idaman para gamers
  • Siap ada processor Intel i9 tu!
  • 2 kemungkinan di sebalik keganjilan ini
  • “Imarahkan masjid, lepas solat boleh riadah minda,” – Netizen
  • Ingat lagi tak jambatan kayu belian bernilai RM 50,000? Ini pun berlaku di Miri:

Tapi perkakas elektronik berspesifikasi tinggi untuk ‘gamers’ di masjid? Macam kurang logik sikit.

Penuh Perkakas 'Gamers', Sebut Harga Masjid Di Miri Ini Jadi Kemusykilan Netizen
Penuh Perkakas ‘Gamers’, Sebut Harga Masjid Di Miri Ini Jadi Kemusykilan Netizen

Sebut harga untuk masjid yang dipenuhi perkakas idaman para gamers

Menerusi sebuah ciapan pengguna, @sidchan di laman Twitter, beliau memuat naik sebuah sebut harga daripada sebuah kedai perkakasan elektronik di Miri untuk sebuah masjid di bandaraya yang sama.

Penuh Perkakas 'Gamers', Sebut Harga Masjid Di Miri Ini Jadi Kemusykilan Netizen
Sumber: Twitter @sidchan

Walau bagaimanapun, netizen mendapati bahawa sebut harga tersebut kelihatan ganjil kerana kesemua perkakasan yang diminta oleh untuk disenaraikan adalah perkakasan elektronik untuk gamers.

Lebih menarik, perkakasan elektronik tersebut bukan biasa-biasa, tetapi sebaliknya perkakasan elektronik yang berspesifikasi tinggi dan menjadi idaman para gamers!

Penuh Perkakas 'Gamers', Sebut Harga Masjid Di Miri Ini Jadi Kemusykilan Netizen
Sumber: Twitter @sidchan

Siap ada processor Intel i9 tu!

Sebut harga keseluruhan untuk masjid ini adalah berjumlah RM 19,948.00 dengan perkakas paling mahal dalam senarai tersebut adalah satu unit Asus ROG Strix RTX3070 o8g White V2 yang berharga RM 3,800!

Selain itu, antara perkakas lain yang disenaraikan dalam sebut harga tersebut termasuklah processor Intel Core i9, RAM, MOBO, SSD, PSU, casing, penyejuk CPU, monitor dan kipas berlampu LED RGB.

2 kemungkinan di sebalik keganjilan ini

Ciapan @sidchan tersebut turut menyatakan bahawa terdapat dua kemungkinan untuk keganjilan pada sebut harga ini.

Pertama sekali, beliau berpendapat bahawa berkemungkinan ahli jawatankuasa masjid ini mungkin kaki gamers atau;

Kedua: Barang kali sebut harga ini adalah cadangan sepenuhnya dari pihak kedai dan hanya dipersetujui oleh pihak masjid yang tidak mengetahui apa-apa tentang spesifikasi yang memadai untuk keperluan masjid.

Asus ROG Strix RTX3070 o8g White V2

Ujarnya lagi, spesifikasi ini sangat mahal sekiranya ianya adalah untuk tujuan tayangan slaid berkaitan agama, video ceramah atau audio. Betul tu bang.

“Imarahkan masjid, lepas solat boleh riadah minda,” – Netizen

Ciapan ini telah mendapat sebanyak lebih 1,400 ulang kicau semasa artikel ini diterbitkan dan mendapat reaksi musykil daripada netizen. Tidak kurang juga ada yang ‘berhusnuzon’ dalam nada sindiran dengan sebut harga yang agak tidak masuk akal ini.

Penuh Perkakas 'Gamers', Sebut Harga Masjid Di Miri Ini Jadi Kemusykilan Netizen
Sumber: Twitter @sidchan
Penuh Perkakas 'Gamers', Sebut Harga Masjid Di Miri Ini Jadi Kemusykilan Netizen
Sumber: Twitter @sidchan
Penuh Perkakas 'Gamers', Sebut Harga Masjid Di Miri Ini Jadi Kemusykilan Netizen
Sumber: Twitter @sidchan
Penuh Perkakas 'Gamers', Sebut Harga Masjid Di Miri Ini Jadi Kemusykilan Netizen
Sumber: Twitter @sidchan
Penuh Perkakas 'Gamers', Sebut Harga Masjid Di Miri Ini Jadi Kemusykilan Netizen
Sumber: Twitter @sidchan
Sumber: Twitter @sidchan
Sumber: Twitter @sidchan
Penuh Perkakas 'Gamers', Sebut Harga Masjid Di Miri Ini Jadi Kemusykilan Netizen
Sumber: Twitter @sidchan
Sumber: Twitter @sidchan

Biar betul masjid nak pakai perkakas elektronik mahal macam ni kan? Tapi mungkin ada kemungkinan juga kedai ini beri sebut harga terus kepada pihak masjid kan? Apa-apa pun, sama-samalah kita tunggu penjelasan daripada kedua-dua pihak.

Manalah tahu ia cuma satu salah faham kan? #Husnuzon

Ingat lagi tak jambatan kayu belian bernilai RM 50,000? Ini pun berlaku di Miri:

SUMBER :Twitter @sidchan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nampak Real! Inilah Peluang Untuk Lihat T-Rex Depan Mata, Pameran Dinosaur Bakal Diadakan Di Kuching Nampak Real! Inilah Peluang Untuk Lihat T-Rex Depan Mata, Pameran Dinosaur Bakal Diadakan Di Kuching
Next Article Brunei Lanjutkan Penangguhan Aktiviti Rentas Sempadan Sehingga 15 Jun Brunei Lanjutkan Penangguhan Aktiviti Rentas Sempadan Sehingga 15 Jun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?