• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rider Luar Negara ‘Sound’ Kerajaan Malaysia Supaya Baiki Jalan Raya

Oleh
Ismail NA
7 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Malu woi!

Rider Luar Negara ‘Sound’ Kerajaan Malaysia Supaya Baiki Jalan Raya. Anda pendapat anda tentang keadaan jalan raya di Malaysia? Bagi penunggang luar negara, jalan di negara ini sebenarnya…tidak memuaskan.

Isi Isi Penting
  • Malu woi!
  • Jalan di Peru sangat cantik, berbeza dengan jalan di Malaysia
  • “Ini adalah perkara yang serius,” – Rider luar negara
  • Netizen mengalu-alukan rider luar negara untuk lihat jalan Sabah
  • Kalau tengok jalan Limbang-Miri ini, bukan setakat motorsikal tak boleh lalu. Kereta biasa pun boleh tenggelam bhai. Baca selanjutnya di sini:

Menerusi sebuah video TikTok tular yang dimuat naik oleh pengguna @landobrotherhood, penunggang motorsikal luar negara memberi teguran kepada pihak berwajib di Malaysia agar memperbaiki jalan raya yang berlubang di negara ini.

Jalan di Peru sangat cantik, berbeza dengan jalan di Malaysia

Menerusi video berdurasi 52 saat itu, penunggang motorsikal berkuasa besar dari luar negara itu sedang bersama temannya dan menunjukkan jalan raya di Peru yang licin dan cantik.

@landobrotherhood

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Kami telah menunggang motorsikal bersama penunggang dari pelbagai negara, Ireland, Amerika, Ekuador, dan Venezuela. Mereka ingin tahu apa yang berlaku,”

Penunggang motorsikal luar negara

Ujarnya, meskipun mereka berada di Peru, sebuah negara miskin dengan populasi rakyat yang kecil, namun jalan raya di sana sangat cantik dan dijaga dengan baik.

“Ini adalah perkara yang serius,” – Rider luar negara

Berbeza dengan Malaysia, jalan raya di negara ini penuh dengan lubang. Beliau juga menempelak kerajaan Malaysia yang pada ketika ini yang culas menjaga rakyatnya, apatah lagi hendak membaiki lubang di jalan raya.

Rider Luar Negara ‘Sound’ Kerajaan Malaysia Supaya Baiki Jalan Raya. Sumber: TikTok @landobrotherhood

Tambahnya lagi, ini adalah perkara serius. Lelaki ini juga menggesa agar pihak berwajib di Malaysia untuk segera memperbaiki lubang jalan di negara ini dan menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia (daripada kemalangan akibat jalan raya yang buruk dan tidak diselenggara).

Kepada pihak autoriti Malaysia, jagalah rakyat anda dengan baik. Anda tidak mampu menjaga rakyat anda dengan baik, apatah lagi membaiki lubang di jalan. Ini perkara serius! Baiki lubang jalan di Malaysia, selamatkan rakyat anda!

Penunggang motorsikal luar negara

Netizen mengalu-alukan rider luar negara untuk lihat jalan Sabah

Video ini mendapat perhatian netizen di laman Twitter dan rata-ratanya menyuarakan perasaan hampa dan malu dengan keadaan jalan raya di negara ini akibat teguran daripada lelaki Mat Saleh itu.

Rider Luar Negara 'Sound' Kerajaan Malaysia Supaya Baiki Jalan Raya
Sumber: Twitter @EppyFizul
Rider Luar Negara 'Sound' Kerajaan Malaysia Supaya Baiki Jalan Raya
Sumber: Twitter @EppyFizul

Dalam masa yang sama, seorang lagi netizen menjangkakan bahawa rider ini akan ‘menangis’ dan ‘bertaubat’ sekiranya dia melihat keadaan jalan raya di Sabah. Tidak lama lagi, pasti akan ada konvoi yang mahu pusing satu Pulau Borneo.

Malah, ada juga yang mengusik untuk menjemput lebih ramai penunggang-penunggang motorsikal luar negara untuk menikmati off road jalan raya Malaysia terutamanya di Sabah. Ini bagi menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia sebenarnya gagal menguruskan jalan raya, ujar netizen lagi.

Rider Luar Negara 'Sound' Kerajaan Malaysia Supaya Baiki Jalan Raya
Sumber: Twitter @EppyFizul
Rider Luar Negara 'Sound' Kerajaan Malaysia Supaya Baiki Jalan Raya
Sumber: Twitter @EppyFizul

Apa pendapat anda tentang perkara ini? Rasa-rasanya, ada kebenaran tak pada teguran rider Mat Saleh ini?

Kalau tengok jalan Limbang-Miri ini, bukan setakat motorsikal tak boleh lalu. Kereta biasa pun boleh tenggelam bhai. Baca selanjutnya di sini:

SUMBER :TikTok @landobrotherhoodTwitter @EppyFizul
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood, Trail Berbunga Bukit Piniapat Tarikan Terbaru di Sabah Bukit Piniapat, Trail Berbunga Yang Sebiji Macam Dalam Filem Hollywood di Sabah
Next Article Maid Cafe Pertama Di Sarawak, Jom Ke Sunny Meido Cafe Miri! Maid Cafe Pertama Di Sarawak, Jom Ke Sunny Meido Cafe Miri!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?