• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Penularan Besar COVID-19 Di Sibu, 8 Rumah Panjang Kawasan Pasai Siong Dikawal Ketat

Oleh
ILB - AI
9 Januari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Penularan Besar COVID-19 Di Sibu, 8 Rumah Panjang Kawasan Pasai Siong Dikawal Ketat

37 kes Covid-19 positif dicatatkan hari ini di Sibu

Penularan Besar COVID-19 Di Sibu, 8 Rumah Panjang Kawasan Pasai Siong Dikawal Ketat. Dilaporkan sebuah kluster baru telah muncul dan digelar Kluster Pasai Siong oleh ketua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu, Charles Siaw.

Sementara itu, 37 kes Covid-19 positif telah dilaporkan di Sibu hari ini.

Penularan Besar COVID-19 Di Sibu, 8 Rumah Panjang Kawasan Pasai Siong Dikawal Ketat

Melibatkan Kes 1175

Menurut laporan, kes baru ini dikesan melalui hasil pemeriksaan seorang wanita yang kembali ke rumah panjangnya di Rumah Langi Ambau Douglas dari Johor pada 29 Disember.

Wanita terbabit, kes 1175, diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada 7 Januari.

Susulan itu, kesemua 8 rumah panjang di Pasai Siong dan kawasan sekitarnya akan disekat selama 14 hari. Rumah-rumah panjang terbabit ialah:

  • JELIAN NAYOR
  • RINGGIT UCHU
  • LANGI AMBAU
  • POM MAJA
  • NYANGGAI ALOK
  • JERAM EMPIN
  • KELLY CHUNDAU
  • NYAMBONG AJON

Kronologi

Menurut kronologi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu, kes tersebut kembali ke Sarawak dari Johor Baharu melalui Kuala Lumpur pada 29 Disember 2020 pada pukul 8AM. Penerbangan transit dari Kuala Lumpur ke Kuching diambil pada jam 1:35PM pada hari yang sama.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: The Star

Ujian swab pertama diambil setiba kes di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan keputusan adalah negatif. Beliau kemudian menaiki penerbangan ke Sibu pada malam yang sama dan diberikan pelepasan untuk menjalankan kuarantin di rumah di Pasai Siong iaitu Rumah Langi (lebih kurang 15KM daripada simpang Jalan Teku Pasai Siong) untuk menghadiri upacara pengebumian bapa beliau.

Ujian swab kedua diambil pada 5 Januari 2021 di sebuah klinik dan didapati positif pada Covid-19.

74 penduduk Rumah Langi disaring oleh Kementerian Kesihatan pada 7 Januari 2021, di mana 34 orang didapati positif pada 8 Januari 2021.

Saringan akan dijalankan ke rumah panjang berdekatan mulai 9 Januari 2021 hingga 10 Januari 2021. Sementara itu, lapan rumah panjang di kawasan tersebut telah dikenakan lockdown pada 11:30PM, 8 Januari 2021 oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Kes 1175 kini sedang menerima rawatan di Hospital Sibu.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Antara Negeri Yang Dikeluarkan Amaran Hujan Lebat Oleh MetMalaysia
Next Article COVID-19 Telah Merebak Dalam Komuniti, Ini Nasihat Daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?