• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penularan Komuniti Sub-Keturunan Omicron (BA.2) Dijangka Ganti Varian Asal Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
13 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Sub-keturunan BA.2 Omicron ini kini telah menggantikan BA.1 Omicron.

Penularan Komuniti Sub-Keturunan Omicron (BA.2) Dijangka Ganti Varian Asal Di Sarawak. Dilaporkan bahawa, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa awas terhadap peningkatan risiko penularan komuniti sub-keturunan BA.2 varian Omicron.

Penularan Komuniti Sub-Keturunan Omicron (BA.2) Dijangka Ganti Varian Asal Di Sarawak
Penularan Komuniti Sub-Keturunan Omicron (BA.2) Dijangka Ganti Varian Asal Di Sarawak

BA.2 ini kini telah menggantikan BA.1 Omicron asal yang mendominasi Sarawak

Menurut Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr David Perera, sub-keturunan BA.2 ini kini telah menggantikan BA.1 Omicron asal yang mendominasi Sarawak.

Beliau juga berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum ini telah menunjukkan bahawa sub-keturunan BA.2 ini adalah 30 peratus lebih berjangkit daripada BA.1 Omicron asal yang sudah berjangkit.

Jelas beliau lagi, sebanyak 686 sampel kes positif Covid-19 telah berjaya disusun oleh IHCM dari 11 Januari hingga 28 Februari lalu di mana kesemuanya telah dikesan sebagai BA.1.1 529 Omicron VOC.

Sampel ini mewakili kes positif yang diperoleh di seluruh negeri, katanya dalam laporan terbaharunya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam. 

Penularan Komuniti Sub-Keturunan Omicron (BA.2) Dijangka Ganti Varian Asal Di Sarawak

Beberapa sub-keturunan turut dikesan

Tambah beliau lagi, beberapa sub-keturunan terdiri daripada 16 BA.1, 339 BA.  1.1 dan 331 BA.2 turut dikesan.

“Menariknya, sepanjang minggu terakhir Februari, sub-keturunan BA.2 mewakili lebih 90 peratus daripada kesemua sampel yang dijujukkan pada minggu itu.

“Ini amat mencadangkan sub-keturunan BA.2 kini telah menggantikan varian BA.1 Omicron asal yang mendominasi di Sarawak,” kata Dr  David. 

Berdasarkan perkembangan terbaru ini, orang ramai dinasihatkan supaya peka dengan risiko penularan komuniti yang semakin meningkat. Oleh itu orang ramai diingatkan untuk mendapatkan suntikan vaksin dos penggalak mereka dengan segera jika belum berbuat demikian.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 3 Bandar Di Sarawak Rangkul Anugerah Pelancongan ASEAN Bandar Terbersih Peringkat Kebangsaan
Next Article Misteri Kehilangan Adik Eric Terungkai, Polis Percaya Mayat Dibuang Ke Sungai Muara Tebas Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?