• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penutupan Jalan Di Kuching Sempena Majlis Sambutan Countdown 2024 Bermula Hari Ini

Oleh
Husna Hazmi
31 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Beberapa jalan di tengah bandaraya Kuching akan ditutup

Penutupan Jalan Di Kuching Sempena Majlis Sambutan Countdown 2024 Bermula Hari Ini. Sempena majlis sambutan countdown yang bakal diadakan bermula hari ini, 31 Disember 2023 pada jam 8:00 pagi dan dijangka selesai pada 1 Januari 2024 jam 1:00 pagi bertempat di Waterfront, beberapa jalan akan ditutup bagi memastikan kelancaran majlis ini.

Majlis ini akan dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Orang Kenamaan Negeri, Ketua Jabatan Negeri/ Persekutuan dan Para Jemputan.

Penutupan Jalan Di Kuching Sempena Majlis Sambutan Countdown 2024 Bermula Hari Ini
Penutupan Jalan Di Kuching Sempena Majlis Sambutan Countdown 2024 Bermula Hari Ini

Penutupan jalan dibuat secara berperingkat

Bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar, pihak berkuasa aan melakukan penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat.

Peringkat pertama penutupan dan lencongan jalan ini akan bermula seawal jam 7:00 pagi dan jalan yang terlibat adalah Jalan Gambir, Jalan Lebuh Java dan Jalan Gambir / Jalan Lebuh Java.

Bagi peringkat kedua pula, penutupan dan lencongan jalan akan dibuat bermula jam 4:00 petang sehingga majlis selesai antara jalan yang terlibat adalah Jalan Gambir, Jalan Lebuh Java, Jalan Gambir / Jalan Lebuh Java, Susur Jalan Lebuh Wayang ke Jalan Main Bazaar, Lampu Isyarat Jalan Main Bazaar / Jalan Temple, Susur Jalan Temple ke Jalan Wayang, Susur Jalan Tun Abang Haji Openg ke Jalan Barrack dan Susur masuk dari Jalan Tun Abang Haji Openg / Jalan Pearl ke Jalan Wawasan.

Oleh itu, orang ramai yang datang menyaksikan majlis in adalah dingatkan agar tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan supaya tidak mengganggu kelancaran lalulintas.

Penutupan Jalan Di Kuching Sempena Majlis Sambutan Countdown 2024 Bermula Hari Ini
Kredit gambar: FB Polis Daerah Kuching

Tempat letak kenderaan bagi orang awam

Tempt meletak kenderaan awam yang disediakan Medan Pelita, Dewan Suarah, Sarawak Plaza, Bangunan UTC, Plaza Aurora dan Reservoir Park.

Pihak berkuasa juga telah mengingatkan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan Waterfront supaya merancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif ke lokasi dan sentiasa mematuhi arahan darpada pegawai mahupun anggota polis yang bertugas.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

[UPDATE 2023] MOTAC Dedah Senarai Syarikat Pelancongan Tidak Berlesen
Peserta Kelahiran Sarawak, Nurelyana Baharin Muncul Juara Dewi Remaja 2023
SUMBER :FB Polis Daerah Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Dapat Balik Kampung Halaman, Kejutan Krismas Dari Rakan Semenanjung Ini Buat Anak Sarawak Terharu
Next Article Kemalangan Berantai Di Jalan Sibu-Bintulu, 4 Orang Cedera Termasuk Bayi 3 Bulan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?