• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

[UPDATE 2023] MOTAC Dedah Senarai Syarikat Pelancongan Tidak Berlesen

Oleh
Nazihah AN
30 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
[UPDATE 2023] MOTAC Dedah Senarai Syarikat Pelancongan Tidak Berlesen

Elak urus niaga dengan agensi-agensi pelancongan tersebut

[UPDATE 2023] MOTAC Dedah Senarai Syarikat Pelancongan Tidak Berlesen. Tiap-tiap tahun, kita selalu dengar cerita dan berita tentang penipuan pakej pelancongan. Kesian kat orang yang dah bersusah payah untuk simpan duit, tapi akhirnya kena tipu dengan scammer agensi.

Benda macam ni mesti buatkan orang takut nak guna perkhidmatan agensi pelancongan sebab tak nak kena tipu.

[UPDATE 2023] MOTAC Dedah Senarai Syarikat Pelancongan Tidak Berlesen

Baru-baru ni, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah kongsikan 20 nama agensi pelancongan yang tiada lesen sah dan telah langgar akta Industri Pelancongan 1992.

Senarai itu dah dikemas kini pada 27 Disember 2023. Berikut adalah nama-nama agensi pelancongan yang anda kena elak untuk urus niaga:

Berikut adalah senarai syarikat pelancongan yang tidak berlesen

  1. ABLEST ENTERPRISE
  2. ANNUR SAFINA TRAVEL & SERVICES SDN BHD
  3. GOLD TIGER MALAYSIA TRAVEL AND TRANSPORT
  4. GOLDEN FLY VENTURE
  5. KINABALU FRIENDLY TOURS (SABAH BAJET TRIP)
  6. MAN TONY
  7. PERCUTIAN BAJET SABAH
  8. QVC VACATION CLUB
  9. RAHIM TRAVEL
  10. TEGUH HOLIDAY SDN BHD
  11. TRAVEL WITH ABBY HASSAN
  12. EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
  13. ALPHA TEAM LEGACY
  14. AN NUR HOLIDAY TRAVEL
  15. GO FIRST HOLIDAYS
  16. MY ONEWORLD HOLIDAYS
  17. RAHA TRAVEL & SERVICES SDN. BHD.
  18. ROBIN TOW
  19. SAI GLOBAL TOUR
  20. SQUARE TRAVELER SDN BHD

Jangan terpedaya dengan sindiket penipuan pelancongan murah

Anda mungkin tergoda dengan tawaran pakej percutian yang sangat rendah dan menarik. Tetapi, berhati-hatilah kerana ia mungkin penipuan yang cuba mengambil wang anda. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah memberi amaran kepada orang ramai tentang sindiket penipuan yang menggunakan modus operandi seperti ini:

  • Penipu mengiklankan pakej percutian yang tidak masuk akal murah
  • Mangsa tertarik dengan tawaran tersebut
  • Penipu mendesak mangsa untuk membuat bayaran secepat mungkin supaya tidak kehilangan tempat
  • Penipu menghilangkan diri selepas menerima wang daripada mangsa

Untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan, anda perlu memastikan bahawa agensi pelancongan yang anda pilih adalah berdaftar dengan MOTAC. Anda boleh menyemak status agensi pelancongan di laman web rasmi MOTAC. Cuma masukkan nama syarikat di ruangan carian dan klik ‘cari’. Jika nama agensi itu keluar, bermakna ia adalah sah dan mempunyai lesen yang berdaftar dengan MOTAC.

Jadi, jangan mudah tertipu dengan pakej pelancongan murah. Semak dahulu agensi pelancongan sebelum anda membuat sebarang bayaran.

Baca lagi artikel berkaitan di bawah:

Hati-Hati Memilih Syarikat Pelancongan, MOTAC Dedah Senarai Agensi Yang Tidak Berlesen
Bernilai RM30 Juta, Kerajaan Sarawak Rancang Bina Tiang Bendera Tertinggi Di Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Port Makan Baharu Di Saradise, Nikmati Aneka Hidangan Menarik Di Little Canteen Kopitiam
Next Article Peserta Kelahiran Sarawak, Nurelyana Baharin Muncul Juara Dewi Remaja 2023 Peserta Kelahiran Sarawak, Nurelyana Baharin Muncul Juara Dewi Remaja 2023

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?