• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Penutupan Sekolah Bukan Cuti, Ibu Bapa Digesa Untuk Memantau Anak-Anak Dalam Pembelajaran

Oleh
ILB - AI
20 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Penutupan Sekolah Bukan Cuti, Ibu Bapa Digesa Untuk Memantau Anak-Anak Dalam Pembelajaran

Penutupan sekolah selama 14 hari bukan bermaksud cuti ya…

Penutupan Sekolah Bukan Cuti, Ibu Bapa Digesa Untuk Memantau Anak-Anak Dalam Pembelajaran. Ibu bapa digesa untuk sentiasa memantau anak-anak mereka agar mereka tidak leka dan ketinggalan dalam pembelajaran masing-masing semasa penutupan sekolah selama 14 hari yang telah berkuatkuasa mulai hari ini.

Isi Isi Penting
  • Penutupan sekolah selama 14 hari bukan bermaksud cuti ya…
  • Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) khuatir pelajar akan mula menganggap penutupan sekolah sebagai cuti
  • Ibu bapa diminta untuk memberi kerjasama dengan guru
  • KGBS menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mencari kaedah pembelajaran alternatif

Seperti yang dimaklumkan semalam, semua sekolah yang berada di dalam Zon Merah diarahkan tutup mulai hari ini selama 14 hari, tetapi sesi pembelajaran secara dalam talian masih dilaksanakan sepanjang tempoh ini.

Penutupan Sekolah Bukan Cuti, Ibu Bapa Digesa Untuk Memantau Anak-Anak Dalam Pembelajaran

Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) khuatir pelajar akan mula menganggap penutupan sekolah sebagai cuti

Menurut laporan, presiden KGBS Ahmad Malie menyatakan bahawa mereka (KGBS) khuatir pelajar akan mula menganggap penutupan sekolah sebagai masa lapang atau masa untuk berseronok.

Presiden KGBS Ahmad Malie mengingatkan para pelajar bahawa penutupan sekolah bukan masa untuk berseronok. Kredit: Utusan Sarawak

Malah, penutupan sekolah pada bulan Ramadan “pastinya akan menyebabkan pelajar teruja untuk menyambut perayaan Hari Raya dan juga Hari Gawai” sehingga melupakan pembelajaran mereka.

Oleh itu, beliau menggesa ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak mereka supaya mereka tidak leka dan ketinggalan dalam pembelajaran.

Ibu bapa diminta untuk memberi kerjasama dengan guru

Sementara itu. ibu bapa dimohon untuk memberi kerjasama dengan semua pihak untuk menerima pengumuman penutupan sekolah dengan hati terbuka sebagai usaha membendung kes jangkitan Covid-19 yang kini sangat merisaukan.

Kredit: Sinar Harian

Sejak kebelakangan ini, terdapat kes jangkitan Covid-19 melibatkan guru dan pelajar di sekolah-sekolah tertentu.

“Oleh itu, tindakan kerajaan untuk menutup operasi sekolah di zon merah adalah wajar sebagai langkah kawalan terhadap wabak ini,” katanya lagi.

KGBS menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mencari kaedah pembelajaran alternatif

Sehubungan dengan itu, KGBS dikatakan menyarankan KPM untuk mencari kaedah pembelajaran alternatif bagi mengelakkan penutupan operasi persekolahan bersemuka jika berlaku peningkatan kes.

Katanya,

“Sudah tiba masanya KPM memikirkan resolusi alternatif selain mengambil langkah menutup operasi sekolah. Ini kerana KGBS juga memikirkan tentang perolehan pengetahuan dalam kalangan pelajar yang terkesan dengan penutupan ketika ini.”

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ada Masalah Tidur? Ini Beberapa Tips Anda Boleh Cuba Untuk Tidur Dengan Lena Ada Masalah Tidur? Ini Beberapa Tips Anda Boleh Cuba Untuk Tidur Dengan Lena
Next Article TERKINI: Sarawak Hari Ini Catat 600 Kes Positif COVID-19, Masih Kekal Tertinggi Di Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?