• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penyanyi Asal Sabah Nyanyi Lagu SMART Le Sserafim Sambil Menari Tarik Perhatian Netizen

Oleh
Nazihah AN
12 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Penyanyi Asal Sabah Nyanyi Lagu SMART Le Sserafim Sambil Menari Tarik Perhatian Netizen

Netizen tergamam dengar vocal live penyanyi tersebut

Penyanyi Asal Sabah Nyanyi Lagu SMART Le Sserafim Sambil Menari Tarik Perhatian Netizen. Baru-baru ini, platform media sosial TikTok menjadi lebih meriah dengan kehadiran video seorang penyanyi kelahiran Sabah, Elica Paujin, yang menyanyikan lagu ‘SMART’ oleh kumpulan popular Korea Selatan, Le Sserafim.

Video berdurasi 2 minit 49 saat itu memaparkan Elica menyanyi dengan suara yang stabil sambil menari, sekali gus menarik perhatian netizen.

Penyanyi Asal Sabah Nyanyi Lagu SMART Le Sserafim Sambil Menari Tarik Perhatian Netizen

Netizen Terpukau dengan Persembahan Elica Paujin

Penampilan Elica dari Tambunan ini mendapat pujian melambung daripada rata-rata pengguna TikTok. Antara komen yang mencuri tumpuan termasuk “Performing solo? With stable voice? Damnnn gurllll,” dan “singing alone is insane bruh while le sserafim itself can’t really sing their song live.” Seorang pengguna lain turut menambah, “Elica nih underrated sgt bagi aku. Dia perlukan more spotlight! She deserves more.”

Persembahan solo Elica yang mantap membuktikan bahawa bakat tempatan dari Sabah tidak kurang hebatnya berbanding artis antarabangsa. Lagu “SMART” yang dinyanyikan dalam bahasa Korea itu diolah dengan begitu baik, sehinggakan ramai yang kagum dengan keupayaan vokal dan kemahiran menari Elica.

Lihat video di bawah:

@forgebwble sedang berada di fasa kemurungan. Time flies when you’re having fun, right? #elicapaujin #angelicapaujin #smart ♬ Smart – LE SSERAFIM
Penyanyi Asal Sabah Nyanyi Lagu SMART Le Sserafim Sambil Menari Tarik Perhatian Netizen

Elica Paujin, atau Angelica Paulin berbangsa dusun yang berasal dari Tambunan, Sabah terkenal dengan lagu beliau baru-baru ini ‘Oh Huminodun’. Pada tahun 2022, beliau merupakan peserta bagi program realiti Astro iaitu Big Stage musim keempat dan dinobatkan sebagai juara bagi musim tersebut.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Dari New Zealand Ke Bumi Kenyalang, Kenali Laura Munan Penyanyi Berbakat Asal Sarawak
Meremang! Auto Bersemangat Dan Terpukau Dengar Instrumental Sape’ Terbaharu Alena Murang Ini

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemilik Salun Dari Kuching Terlepas Hukuman Penjara Gara-Gara Curi Bekalan Elektrik Pemilik Salun Dari Kuching Terlepas Hukuman Penjara Gara-Gara Curi Bekalan Elektrik
Next Article Kenali Sejarah dan Asal Usul Suku Kaum Lahanan, Etnik Minoriti Di Sarawak Kenali Sejarah dan Asal Usul Suku Kaum Lahanan, Etnik Minoriti Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?