• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

KPDN Jelas Penyasaran Diesel Tidak Naikkan Harga Barang Di Sabah, Sarawak

Oleh
Aina Musa
27 Jun 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
KPDN Jelas Penyasaran Diesel Tidak Naikkan Harga Barang Di Sabah, Sarawak

Ini sebabnya

KPDN Jelas Penyasaran Diesel Tidak Naikkan Harga Barang Di Sabah, Sarawak. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali, menjelaskan bahawa jenis pengangkutan yang digunakan untuk mengangkut barangan ke dua negeri di Malaysia Timur itu masih layak menerima subsidi diesel pada harga RM2.15 seliter.

Beliau turut menambah bahawa rantaian pengangkutan air tidak menggunakan diesel yang dijual runcit di stesen minyak.

KPDN Jelas Penyasaran Diesel Tidak Naikkan Harga Barang Di Sabah, Sarawak. Sumber: Malaysia Gazette

“KPDN menyedari kekhuatiran sesetengah pihak bahawa penyelarasan subsidi diesel di Semenanjung akan memberi impak dan melebarkan jurang harga barang yang sedia ada. Namun, secara prinsipnya, di Sabah, Sarawak dan Labuan, kami tidak melihat ia akan menyebabkan kenaikan harga barang kerana dua faktor.

Pertama, rantaian pengedaran barangan yang dihantar ke Sabah melalui pengangkutan darat yang layak menerima subsidi diesel pada harga RM2.15 masih wujud. Kedua, pengangkutan air yang membawa barangan ke pelabuhan di Sabah dan Sarawak menggunakan Marine Fuel Oil dan Marine Gas Oil yang tidak pernah menerima subsidi diesel sebelum ini,” katanya menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui (GRS).

Beliau juga memberi jaminan bahawa Ops Kesan 2.0 akan diteruskan bagi memantau penetapan harga dalam kalangan peniaga selepas pelaksanaan penyelarasan subsidi diesel.

Armizan turut memaklumkan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah untuk menangani isu jurang perbezaan harga di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan Semenanjung. Ini melibatkan dasar dan program merentasi pelbagai kementerian dan agensi, termasuk subsidi barangan, bahan makanan, pengangkutan dan lain-lain.

Selain itu, kerajaan juga melaksanakan program intervensi dan mitigasi melalui pemberian subsidi untuk memastikan penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan mendapat akses kepada barang-barang keperluan asas dan bahan makanan tertentu.

“Dua program utama di bawah tanggungjawab langsung KPDN adalah Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan (PPHSSL) atau Port to Port, dengan peruntukan tahunan RM40 juta, dan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming atau PoS to PoS (Point of Source to Point of Sale) dengan peruntukan RM225 juta,” katanya.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Tawau meminta kementerian tersebut menjelaskan perancangan untuk menyeragamkan harga barangan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta mekanisme untuk menangani masalah penyeludupan barangan bersubsidi di Tawau dan Sabah.

“Sebagai contoh, isu jurang perbezaan harga barangan yang ketara antara wilayah adalah salah satu faktor kerajaan meneruskan kaedah sedia ada pemberian subsidi diesel di stesen-stesen minyak dan subsidi diesel nelayan, yang melibatkan anggaran peruntukan RM3.6 bilion untuk tahun 2024 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Ini Sebab Mengapa Sabah Dan Sarawak Dikecualikan Daripada Penyasaran Subsidi Diesel
KPDN Sandakan Berjaya Tumpaskan Trak Muatan Seludup 1,000 Liter Diesel

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rompak Dan Serang Pekerja Bank Dengan Kayu, Lelaki Dipenjara 9 Tahun Di Sabah
Next Article Orang Awam Panik Temui Lelaki Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta Di Sebuah Pusat Beli Belah Orang Awam Panik Temui Lelaki Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta Di Sebuah Pusat Beli Belah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?