• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Orang Awam Panik Temui Lelaki Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta Di Sebuah Pusat Beli Belah

Oleh
Aina Musa
27 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Orang Awam Panik Temui Lelaki Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta Di Sebuah Pusat Beli Belah

Ditemui tidak sedarkan diri dalam Perodua Myvi

Orang Awam Panik Temui Lelaki Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta Di Sebuah Pusat Beli Belah. Seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Jalan Lintas, Kota Kinabalu hari ini.

Mangsa yang berusia 30 tahun disedari berada di dalam kereta tersebut pada jam 12.30 tengah hari sebelum orang awam melaporkan kejadian kepada pihak bomba.

Orang Awam Panik Temui Lelaki Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta Di Sebuah Pusat Beli Belah
Orang Awam Panik Temui Lelaki Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta Di Sebuah Pusat Beli Belah. Sumber: Utusan Borneo

Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday dari Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata sepasukan pegawai bersama jentera pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang lelaki dewasa tidak sedarkan diri dalam kenderaan berkenaan.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas (rescue tools),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

“Selepas memastikan keadaan lokasi bebas dari sebarang unsur bahaya, operasi ditamatkan pada jam 1.05 petang,” tambahnya.

Kejadian ini telah menarik perhatian ramai dan pihak berkuasa sedang menyiasat punca lelaki tersebut tidak sedarkan diri di dalam kereta tersebut.

Baca lagi artikel menarik:

SPRM Bintulu Tahan Dua Penguat Kuasa, Disyaki Terima Suapan Bulanan Lindungi Pekerja Asing
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article KPDN Jelas Penyasaran Diesel Tidak Naikkan Harga Barang Di Sabah, Sarawak KPDN Jelas Penyasaran Diesel Tidak Naikkan Harga Barang Di Sabah, Sarawak
Next Article Majlis Olimpik Malaysia Pertimbang Reka Bentuk Baharu Pakaian Rasmi Olimpik 2024

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?