• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penyelia Syarikat Rugi Lebih RM 300K Tertipu Pelaburan Kripto Tidak Wujud Di Media Sosial

Oleh
Husna Hazmi
23 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Penyelia syarikat tertipu lebih RM300K di Sibu

Penyelia Syarikat Rugi Lebih RM 300K Tertipu Pelaburan Kripto Tidak Wujud Di Media Sosial. Dilaporkan, seorang penyelia syarikat di Sibu telah mengalami kerugian RM331,050 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.

Penyelia Syarikat Rugi Lebih RM 300K Tertipu Pelaburan Kripto Tidak Wujud Di Media Sosial
Penyelia Syarikat Rugi Lebih RM 300K Tertipu Pelaburan Kripto Tidak Wujud Di Media Sosial. Sumber gambar: Berita Harian

Berminat dan mengikuti pelaburan kripto menerusi Facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili, lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu pada 15 November 2023 mula berminat dan mengikuti pelaburan kripto menerusi laman sosial berkenaan. 

Dikatakan, mangsa telah berhubung melalui nombor telefon yang tertera di laman Facebook dan suspek memperkenalkan diri sebagai cikgu atau ‘tutor’ yang bernama ‘Gabriel Lee.’

Suspek telah memasukkan mangsa ke dalam satu kumpulan WhatsApp atas nama ‘188-Financial Century’ untuk melihat sendiri pelaburan kripto yang dikendalikan oleh suspek,” kata beliau dalam satu kenyataan media, hari ini.

Jelas beliau lagi, mangsa bersetuju untuk membuat pelaburan saham kripto dan dikehendaki untuk memuat naik dan mendaftar satu akaun pelaburan menerusi aplikasi Kakaue bagi tujuan pelaburan dan kemasukan hasil keuntungan yang akan diperolehi. 

Suspek turut mengarahkan mangsa untuk membuat pembayaran modal bagi pelaburan kripto secara berperingkat bagi mendapatkan keuntungan.

“Bermula tempoh 19 Mac hingga 23 Mei 2024, mangsa telah membuat pembayaran pelaburan sejumlah RM331,050 sebanyak 11 kali transaksi ke dalam lapan akaun bank syarikat dan individu yang berlainan seperti mana diarahkan oleh suspek,” ujar beliau.

Penyelia Syarikat Rugi Lebih RM 300K Tertipu Pelaburan Kripto Tidak Wujud Di Media Sosial
Sumber gambar: New Straits Times

Zulkipli berkata, setelah kesemua transaksi dibuat, mangsa yang membuat semakan menerusi aplikasi Kakaue mendapati jumlah keuntungan terkumpul miliknya adalah sebanyak (matawang kripto) USDT3,610,730.8963. 

Mangsa yang kemudiannya menghubungi suspek semula untuk mendapatkan wang pelaburan pada 20 Jun lalu tetapi suspek mengatakan mangsa perlu membuat pembayaran deposit terlebih dahulu bagi urusan caj perkhidmatan pertukaran wang daripada USDT kepada Ringgit Malaysia (RM).

Sehingga laporan dibuat, mangsa tidak menerima apa-apa pulangan dan keuntungan seperti yang dijanjikan dan mendapati dirinya telah ditipu,” tambah beliau.

Kes penipuan dalam talian kini semakin menjadi-jadi:

Wanita Di Bintulu Rugi RM140,000 Akibat Skim Pelaburan Emas Palsu
Taktik Terbaru Scammer, Menyamar Sebagai Kenalan Melalui WhatsApp

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Sedia Jadi Hos Bersama Kerajaan Persekutuan Untuk Penganjuran Sukan SEA 2027
Next Article 126 Laksa Luah Kesal Pelanggan Kerap Bazir Sambal, Bakal Henti Beri Sambal Percuma 126 Laksa Luah Kesal Pelanggan Kerap Bazir Sambal, Bakal Henti Beri Sambal Percuma

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?