• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Di Bintulu Rugi RM140,000 Akibat Skim Pelaburan Emas Palsu

Oleh
Farisha
9 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Terpikat dengan janji pulangan tinggi, wanita di Bintulu rugi RM140,000 akibat penipuan pelaburan tidak wujud

Wanita Di Bintulu Rugi RM140,000 Akibat Skim Pelaburan Emas Palsu. Seorang pengurus syarikat swasta di Bintulu kehilangan RM140,000 akibat terlibat dalam skim pelaburan emas palsu atau penipuan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan tinggi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, mangsa wanita berusia 30-an itu diperkenalkan kepada skim tersebut pada 25 Mac melalui Instagram oleh individu bernama ‘Gao Yun Ze’. Individu itu memberitahu mangsa mendaftar sebagai ahli untuk memulakan pelaburan dengan menghantar pautan pendaftaran.

Wanita Di Bintulu Rugi RM140,000 Akibat Skim Pelaburan Emas Palsu
Wanita Di Bintulu Rugi RM140,000 Akibat Skim Pelaburan Emas Palsu

Terperangkap melalui aplikasi Instagram, membuat transaksi sebanyak RM140,000 dari Mac hingga April

Suspek dipercayai memberitahu mangsa bahawa berdasarkan pelaburannya, dia akan menerima pulangan RM102,000 pada hari yang sama. Mangsa kemudian membuat 10 transaksi ke tiga akaun bank berbeza, berjumlah RM140,000 dari akhir Mac hingga awal bulan April.

“Mangsa menyedari dirinya telah ditipu apabila tidak menerima sebarang pulangan yang dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan semalam menerusi laporan.

Polis Sarawak tegas jangan mudah tertipu dan sentiasa berhati-hati

Sehubungan itu, Mancha mengingatkan orang ramai hanya melabur melalui platform yang berdaftar di bawah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Dapatkan nasihat daripada agen pelaburan berdaftar. Jangan percayai sebarang pelaburan yang menawarkan pulangan tinggi dalam tempoh singkat,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Respons Penipuan Nasional di talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan cyber seperti penipuan cinta, penipuan telefon, penipuan e-dagang, pinjaman palsu dan lain-lain, terutamanya jika mereka telah membuat transaksi kewangan ke akaun palsu atau sindiket penipuan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Taktik Sindiket, Jangan Terjerat Pelaburan Philip Palsu
Pengasas Bitcoin Palsu, Wanita Ini Tipu Satu Dunia Dan Kemudian Hilangkan Diri
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Alasan Kenapa Pengusaha Kek Lapis Baklava Jual Kek Dengan Harga RM650 Seloyang Ini Alasan Kenapa Pengusaha Kek Lapis Baklava Jual Kek Dengan Harga RM650 Seloyang
Next Article Pempengaruh Sabah Serah Semula Mahkota Unduk Ngadau Gara-Gara Video Tular Di Thailand Pempengaruh Sabah Serah Semula Mahkota Unduk Ngadau Gara-Gara Video Tular Di Thailand

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?