• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penyertaan Atlet Renang Paralimpik Sarawak, Nur Syaiful Dibatalkan Gara-Gara Plaster Badan

Oleh
Ismail NA
25 Ogos 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Beliau terkejut penyertaannya dibatalkan selepas tamat saringan pagi tadi.

Penyertaan Atlet Renang Paralimpik Sarawak, Nur Syaiful Dibatalkan Gara-Gara Plaster Badan. Atlet renang para kebangsaan, Muhammad Nur Syaiful hari ini membuka saingan kontinjen Malaysia dalam acara saringan 200 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal). Walau bagaimanapun, penampilan sulung Nur Syaiful itu dihambat khabar buruk apabila beliau disahkan hilang kelayakan sebaik sahaja beliau menamatkan aksinya.

Isi Isi Penting
  • Beliau terkejut penyertaannya dibatalkan selepas tamat saringan pagi tadi.
  • Jawapan tak jelas, pegawai kata boleh pakai atau tanggalkan
  • “Tiada seorang pun pegawai tegur masa mereka periksa peralatan sukan sebelum saya turun ke kolam” – Nur Syaiful
  • Peluang tebus kehampaan masih terbuka
  • Lagi tentang atlet paralimpik Malaysia :

Nur Syaiful yang pada awal saingan berada di kedudukan ketiga dibatalkan penyertaannya sebaik sahaja tiba di garisan penamat kerana beliau memakai plaster badan. Pihak jawatankuasa bertindak melucutkan kelayakan Syaiful kerana beliau didapati melanggar kesilapan teknikal yang tidak membolehkan atlet renang memakai apa-apa pita pelekat di tubuh badan mereka sewaktu berenang.

Penyertaan Atlet Renang Paralimpik Sarawak, Nur Syaiful Dibatalkan Gara-Gara Plaster Badan
Penyertaan Atlet Renang Paralimpik Sarawak, Nur Syaiful Dibatalkan Gara-Gara Plaster Badan. Kredit foto : BERNAMA (2021)

Jawapan tak jelas, pegawai kata boleh pakai atau tanggalkan

Walau bagaimanapun, perenang berusia 26 tahun itu mendakwa bahawa beliau tidak diberikan jawapan yang pasti sama ada boleh atau tidak memakai pita pelekat sebelum pertandingan. Beliau yang tiba-tiba menghidap bisul sejak Sabtu lalu telah merujuk permasalahan ini kepada pegawai yang bertugas. Namun demikian, jawapan yang diberikan oleh pegawai agak samar.

“Mereka kata saya boleh menampal plaster atau menanggalkannya sewaktu pertandingan,”

Nur Syaiful, atlet renang para kebangsaan

Was-was dengan jawapan terdahulu yang diberikan oleh pegawai, Syaiful kemudiannya sekali lagi mendapatkan kepastian daripada pegawai yang bertugas mengenai masalah itu sehari sebelum pertandingan. Namun, jawapan yang sama diberikan oleh mereka.

Penyertaan Atlet Renang Paralimpik Sarawak, Nur Syaiful Dibatalkan Gara-Gara Plaster Badan
Kredit foto : BERNAMA

“Tiada seorang pun pegawai tegur masa mereka periksa peralatan sukan sebelum saya turun ke kolam” – Nur Syaiful

Memandangkan bisul yang dialaminya sudah mula bernanah dan sakit, Syaiful terpaksa memilih untuk menampal plaster bagi mengurangkan kesakitan yang dialami. Beliau mengakui kecewa dengan tindakan pengadil yang membatalkan penyertaannya selepas mereka memberitahu bahawa penggunaan plaster adalah tidak dibenarkan dan ia bukan kesalahan yang berpunca daripadanya. Malah, pegawai pertandingan juga dilihat tidak telus apabila mereka tidak memaklumkan kepada Syaiful tentang perkara berkenaan sewaktu mereka memeriksa peralatan renang seperti goggle, jaket dan seluar sebelum beliau turun ke dalam kolam.

Penyertaan Atlet Renang Paralimpik Sarawak, Nur Syaiful Dibatalkan Gara-Gara Plaster Badan
Sumber : Youtube Paralympic Games

Memberitahu kepada Bernama, Syaiful cuba membantah keputusan berkenaan namun cubaannya ditolak oleh pihak pengadil. Beliau bakal membuat pengesahan semula statusnya termasuk menunjukkan surat dari doktor perubatan pada pagi Khamis sebelum dijadualkan turun untuk aksi selanjutnya bagi acara 100 meter gaya bebas lelaki S5.

Peluang tebus kehampaan masih terbuka

Atlet paralimpik asal Asajaya, Sarawak ini masih berpeluang untuk menebus kekecewaannya dalam 3 lagi acara iaitu 50 meter, 100 meter gaya bebas dan 100 meter kuak dada. Syaiful juga berpotensi untuk memecahkan rekod Asia yang dipegang oleh perenang Thailand, Phuchit Aingchaiyaphum (2 minit 58.11 saat) dengan menamatkan saingan saringan hari ini dengan catatan 2 minit 56.78 saat, mengatasi catatan peribadinya, 2 minit 59.01 saat yang dilakukannya di London pada 2019.

Jangan patah semangat, Syaiful! Kami yakin anda boleh melakukannya. Gohed ajak!

Lagi tentang atlet paralimpik Malaysia :


Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kluster Kenduri Bungey Antara Kes Tertinggi Di Sarawak, Pasangan Pengantin Ini Tampil Minta Maaf Kluster Kenduri Bungey Antara Kes Tertinggi Di Sarawak, Pasangan Pengantin Ini Tampil Minta Maaf
Next Article Bayi Cukup Bulan Dibuang, Ditemui Dalam Bakul Motosikal Di Kampung Siol Kandis Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?