• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kluster Kenduri Bungey Antara Kes Tertinggi Di Sarawak, Pasangan Pengantin Ini Tampil Minta Maaf

Oleh
Nazihah AN
25 Ogos 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Kluster Kenduri Bungey Antara Kes Tertinggi Di Sarawak, Pasangan Pengantin Ini Tampil Minta Maaf

Majlis perkahwinan di Betong telah tercetusnya kluster baharu

Kluster Kenduri Bungey Antara Kes Tertinggi Di Sarawak, Pasangan Pengantin Ini Tampil Minta Maaf. Berhubung tercetusnya Kluster Bungey 2 berpunca dari majlis kahwin yang diadakan pada 30 Julai hingga 6 Ogos telah dilaporkan sebanyak 112 kes positif. Kluster Bungey 2 adalah sebuah kluster komuniti yang telah dikesan melibatkan sebuah kampung di Debak, Betong.

Pada awalnya, didapati seramai 11 orang penduduk Kampung Debak di Betong telah disahkan positif COVID-19 dan tercetusnya kluster Bungey 2.

Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-29,378 merupakan seorang warga tempatan (Sarawak) yang dikesan melalui saringan bergejala di sebuah fasiliti kesihatan. Kes telah menjalani saringan pada 26 April 2021 dan disahkan positif COVID-19 melalui ujian rT-PCR pada 28 April 2021. Kes telah mendapat jangkitan melalui komuniti.

Kluster Kenduri Bungey Antara Kes Tertinggi Di Sarawak, Pasangan Pengantin Ini Tampil Minta Maaf
Kluster Kenduri Bungey Antara Kes Tertinggi Di Sarawak, Pasangan Pengantin Ini Tampil Minta Maaf

Pasangan pengantin ini membuat permohonan maaf kepada umum

Demikian kata pasangan pengantin baharu, Abg Mohd Amirul Afaeq dan Umi Kalthum Yahya berhubung tercetusnya Kluster Bungey 2 sehingga menyebabkan seramai 409 kes (setakat 24 Ogos) dilaporkan positif secara keseluruhan.

Beliau secara terbuka menzahirkan permohonan maaf kepada penduduk kampung dan masyarakat setempat selepas penganjuran kenduri perkahwinan yang berlangsung baru-baru ini.

“Saya dan isteri serta keluarga ingin memohon maaf secara terbuka buat seluruh penduduk di Kampung Debak khususnya dan Tuie, juga semua yang terpalit dengan Kluster Bungey 2. Saya memohon maaf kepada Penghulu, KK Bungey Hulu dam KK Bungey Hilir yang turut menerima kecaman.” kata pasangan pengantin itu.

Kluster Kenduri Bungey Antara Kes Tertinggi Di Sarawak, Pasangan Pengantin Ini Tampil Minta Maaf
Kluster Kenduri Bungey Antara Kes Tertinggi Di Sarawak, Pasangan Pengantin Ini Tampil Minta Maaf
Kluster Kenduri Bungey Antara Kes Tertinggi Di Sarawak, Pasangan Pengantin Ini Tampil Minta Maaf

“Saya tahu ramai yang kecewa akibat pelaksanaan PKPD di Kampung Bungey, ramai juga yang tidak dapat melaksanakan kerja harian, ada operasi perniagaan ditangguhkan sementara. Saya mengakui kesilapan ini berpunca akibat tidak merujuk kepada mereka (pentadbir kampung) terlebih dahulu menyebabkan mereka menerima pelbagai reaksi dan tohmahan bahawa mereka tidak memantau aktiviti di kampung,” katanya.

Tambah beliau, pencerahan yang dibuat bukanlah untuk meraih simpati dikecualikan daripada tindakan udang-undang tetapi untuk menjelaskan segala kerumitan yang berlaku. Beliau juga akur silap bahawa pihak mereka tidak memaklumkan untuk membuat majlis kesyukuran kepada pentadbir peringkat kampung.

Namun, nasi telah menjadi bubur. Dilaporkan seramai empat kes dilaporkan meninggal berkenaan dengan kluster Bungey ini. Turut dinyatakan di SOP Fasa kedua ini tidak membenarkan mana-mana aktiviti sosial /bersentuhan termasuk majlis pernikahan, inikan pula kenduri kahwin.

Kluster Kenduri Bungey Antara Kes Tertinggi Di Sarawak, Pasangan Pengantin Ini Tampil Minta Maaf
Kluster Kenduri Bungey Antara Kes Tertinggi Di Sarawak, Pasangan Pengantin Ini Tampil Minta Maaf

“Saya menerima pelbagai lontaran pandangan, kenyataan dan mungkin permohonan maaf ini agak lewat. Tetapi percayalah, saya memerlukan masa untuk menghadam apa yang berlaku di luar jangkaan saya. Ditambah dengan keadaan seluruh keluarga di sebelah saya (emak dan adik saya disahkan positif).”

“Majlis yang asal dirancang untuk pihak keluarga sahaja, namu saya tetap menerima inilah khilaf kami. Kami terlepas pandang terhadap SOP semasa iaitu sepatutnya tidak ada majlis keramaian namun percayalah niat asal untuk meraikan keluarga terdekat sahaja,” katanya.

Harap ianya dijadikan pengajaran buat kita semua. Segala majlis dan aktiviti sosial hendaklah ditangguh dahulu berkenaan dengan kes kita yang semakin meningkat hari demi hari.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pos Laju Tawar Penghantaran Udara Dengan Kadar Serendah RM6 Per KG Buat Usahawan Sabah Sarawak
Next Article Penyertaan Atlet Renang Paralimpik Sarawak, Nur Syaiful Dibatalkan Gara-Gara Plaster Badan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?